Asam Garam Kehidupan: Catatan Sejarah Rasulullah

Nuffnang

Pages

9 Jul 2013

Catatan Sejarah Rasulullah

Tentera Islam meneruskan perjalanan.

Selepas itu unta saidina Abu Zar ra diserang penyakit. Untanya semakin perlahan dan tidak dapat mengejar pergerakan tentera Islam. Rasulullah bertanya siapakah yang tertinggal dari kafilah tentera. Mereka memberitahu Rasulullah bahawa Saidina Abu Zar telah tertinggal dari kafilah. Unta Saidina Abu zar yang semakin perlahan akhirnya tidak mampu berjalan lagi. Saidina Abu Zar berhadapan dengan dua pilihan samada pulang ke Madinah berjalan kaki dan itulah yang lebih dekat atau dia terpaksa mengejar entera Islam berjalan kaki. Kalau dia pulang ke Madinah bermakna dia telah lari dari jihad. Kalau dia mahu meneruskan perjalanan dia mesti berjalan kaki dalam cuaca yang erlalu panas dan menempuh perjalanan yang terlalu jauh. Semua tentera Islam menaiki kenderaan walaupun mereka berkongsi sampai tiga orang di atas seekor unta. Saidina Abu zar ra berazam untuk mengejar walaupun terpaksa berjalan kaki. Dia ambil kelengkapan yang mampu dipikulnya dan berlari mengejar tentera Islam. Ketika tentera Islam berhenti rehat, dia tidak berhenti. Dia bergerak siang dan malam sehinggalah dia berjaya mengejar kafilah tentera Islam.

Ketika itu tentera Islam melihat ada seorang lelaki berjalan kaki mengejar mereka. Sungguh mengejutkan semua orang, siapakah yang sanggup berjalan kaki di padang pasir dalam cuaca yang sangat panas dan jarak perjalanan yang sangat jauh itu. Mereka cuba meneka-neka tetapi Rasulullah SAW berkata, " InsyaAllah itu Abu Zar." Apabila lelaki itu semakin mendekati tentera Islam ternyata dia adalah Sidina Abu zar ra. Saidina Abu Zar menceritakan kepada Rasulullah apa yang telah berlaku. Rasulullah SAW mendoakannya dan bersabda:

Maksudnya: " Allah SWT telah merahmati Abu Zar. Dia berjalan kaki seorang diri. mati seorang diri dan akan dibangkitkan di akhirat seorang diri. "

Rasulullah telah memberitahu jadual yang akan ditempuh oleh Saidina Abu Zar ra. Demikianlah baginda tidak berkata sesuatu melainkan ianya adalah wahyu. Ia pasti benar. Telahan Rasulullah SAW kepada perjalanan hidup Saidina Abu Zar  telah berlaku ketika pemerintahan Saidina Uthman ra. Saidina Abu zar meninggal dunia seorang diri setelah  beruzlah ke Rabzah. Dia meninggal dunia di situ. Sebelum meninggal dunia dia berpesan kepada isteri dan khadamnya supaya meletakkan jenazahnya di jalan laluan kafilah Madinah ke Iraq. Ketika itu kafilah Saidina Abdullah bin Mas'ud  ra lalu di situ. Mereka menjumpai jenazah Saidina Abu zar. Menangislah Saidia Abdullah bin Mas'ud melihatnya. Saidina Abdullah berkata, " Benarlah apa yang Rasulullah SAW sebut semoga Allah merahmati Saidina Abu Zar ra." Lalu dialah yang mengebumikan jenazah Saidina Abu Zar.

No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign