Asam Garam Kehidupan: Dalam Nikmat Mahupun Musibah

Nuffnang

Pages

15 Aug 2013

Dalam Nikmat Mahupun Musibah

KIRANYA sekali sekala
dalam usahamu mengharungi kehidupan ini
kau diuji, daripada sekecil-kecil ujian
tertusuk duri hinggalah dihimpit
sebesar-besar musibah, ingatlah
"Sesungguhnya ini semua daripada Allah
dan tidak Dia jadikan semua ini dengan sia-sia
inilah mehnah, ujian dan perhatian-Nya,
tanda kasih Allah,
untuk meningkatkan iman
dan penghapusan dosa.

KIRANYA sekali-sekala didatangi tuah
hidupmu mencempung nikmat, katakanlah
"Segala puji dan syukur ke hadrat Allah"
di atas kurniaan-Nya semua itu kaunikmati,
dengan belas rahmat Ilahi.

SEGALANYA datang dari Allah
Dia Maha Berkuasa memberi anugerah
dan menariknya kembali
apa pun tekdir hidup yang mendatang,
kembalikanlah penghargaan atau
pengharapanmu pada Tuhan.

8 comments:

  1. Pada Allah kita memohon, pada Allah kita mengadu dan pada Allah kita kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. hanya padaNya,
      (buat masa ni tak dpt nk komen blog farah, tenet slow sgt..bil blm setel, he he,trmksh sudi komen blog akak)

      Delete
  2. ... kerana apa pun juga yg dtg adalah atas kunfayakun DIA. Bersyukur atas nikmat dan redha bila diuji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..kerana kita memang berhak diuji, kalau tak diuji kita akan alpa, trmksh sudi komen.

      Delete
  3. salam perkenalan daripada Kancil di Tawau Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga, kirim salam kat orang Tawau ye, memang orang sabah ke?

      Delete
  4. salam kenal...

    jempot datang umah..leh kenal2 lebih dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, akak dah ziarah blog awak, menarik juga, ada bedak arab tak? tengah femes kan, bukan apa, nak berhias utk suami je

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign