Followers

Monday, 5 August 2013

Pulang




Seekor penyu
Datang ke pantai buat seketika
Mengeluarkan telur dan berehat sebentar cuma
Esok lusa dia pulang
Ke dasar laut tempat asalnya


Seorang insan
Datang ke dunia sebagai gelanggang sementara
Bertungkus lumus, bekerja keras
Hasilnya bergantung pada kesungguhannya
Penilaian akan diberi oleh Rabbul Jalil
Setelah insan pulang ke tempat asalnya
Di negeri akhirat yang kekal abadi.


2 comments:

  1. selamat hari raya kak ji, semoga abg shukor cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. Salam ayawal juga buat lie, imah dan anak-anak, rindu ke lie, semoga Allah beri kita rezeki utk berkumpul lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...