Asam Garam Kehidupan: Wahai Saidatina Fatimah AzZahrah...agungnya akhlakmu

Nuffnang

Pages

18 Aug 2013

Wahai Saidatina Fatimah AzZahrah...agungnya akhlakmu

Suatu hari seorang arab badwu telah datang meminta makanan daripada puteri Rasulullah SAW. Siti Fatimah yang terkenal dengan kemiskinan itu tidak mempunyai apa-apa makanan di rumahnya. Lalu beliau memberi sehelai kulit kambing yang menjadi alas tempat tidur anak-anaknya agar dapat dijuala oleh si badwi tadi.

Melihat kulit kambing yang harganya tidak seberapa itu, si badwi enggan menerimanya. Siti Fatimah mencari-cari kalau-kalau ada apa-apa yang boleh diberikannya untuk menunaikan hajat si badwi itu.

Akhirnya dia teringat kalung hadiah perkahwinannya, lalu diberikannya kalung itu kepada si badwi tadi. Sibadwi itu menerimanya dengan gembira sekali.

Begitu mulia dan agungnya akhlak puteri Rasulullah, sifat pemurah dan belas kasihannya sungguh luar biasa, sekalipun pada si badwi yang terkenal kasar perangainya.

* teringin mencontohi akhlakmu, tapi selalu gagal dalam mujahadahku....*

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign