Asam Garam Kehidupan: Dah jarang jumpa

Nuffnang

Pages

7 Sep 2013

Dah jarang jumpa

ingatkan gula-gula....

Dah jarang jumpa benda ni. Bila anak-anak bawa balik comei je dalam goody bag camni ( dari rumah mak mentua ), dah nak ngendeng dah, ingatkanlah gula-gula. Diorang pulak excited nak tunjuk apa benda yang diorang dah bawak balik tuh...Laaa...

Punyalah jakun diorang main dengan benda ni, almaklum jarang jumpa, siap tak kasi si bungsu empat tahun usik, takut hilang, menangis-nangislah dia nak main sama, mana si abang nak kasi sebab dia nak bolot semua..

Teringatlah pulak masa kecik-kecik duk kat Hulu Tembeling, Pahang. Benda ni boleh guna buat salah satu masakan tradisional yang sekarang ni dah diiktiraf sebagai salah satu masakan warisan di Malaysia. Caranya...rumit juga, saya cuba cerita apa yang saya ingat, kalau ada teman yang lebih tahu tolong betulkan ye kalau saya tersilap..

Ha.. mula-mula kena cari benda ni banyak-banyak dulu. Pastu pecahkan sebiji-sebiji ketuk guna anak lesung batu ke, batu ke.. dah pecah kuarkan isi dia untuk dikeringkan, sampai agak mengecil saiznya, pastu ditumbuk sampai hancur macam kacang tanah yang nak buat kuah kacang tu. Pastu simpan dalam balang kaca. Bila nak guna kena ramas-ramas dulu supaya keluar minyak, minyak tu kena buang sebab pahit. Barulah boleh digunakan untuk masak gulai atau buat sambal. Saya boleh bagi resepi je, takleh nak share gambar sebab tak ada 'benda' ni.

Gulai Asam Ghom
Asam ghom segenggam dua
Ikan bilis
Cili api
Garam secukup rasa
Pucuk paku
Ubi keledek

Cara masak: Cili api dan ikan bilis ditumbuk, bancuh asam ghom dengan air, campurkan dengan bahan yang ditumbuk tadi, campurkan dengan pucuk paku dan keledek, perisakan dengan garam dan dimasak secukupnya.

Sambal Asam Ghom
Asam ghom secukupnya
Ikan bilis agak banyak diperlukan
Cili api dan garam

Cara masak: Ikan bilis, cili api tumbuk jangan hancur sangat, gaulkan dengan asam ghom dan garam. Tempekkan atas tutup periuk dan bakar guna api perlahan.

Haa kawan-kawan, nak tau apa benda ni, nilah dia...


rupa-rupanya biji getah......

2 comments:

  1. Baru tahu biji getah boleh makan.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. he he, memang ramai yang tak tahu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign