Asam Garam Kehidupan: kenangan lama...

Nuffnang

Pages

4 Sep 2013

kenangan lama...

Sedang saya membelek-belek sebuah majalah lama milik ma tiba-tiba.....jatuh melayang sekeping sampul surat lama seperti dalam gambar. Sampul surat yang nipis ini mengimbau kembali banyak kenangan bersama Ma. Dulu dengan menggunakan sampul surat sebeginilah saya akan mengutus surat kepada Ma.

Sering juga saya utuskan surat untuk Ma, menyulam kasih dan rindu kerana selalu berjauhan dengan Ma semenjak dari tingkatan dua lagi. Selalunya Ma akan balas dengan sedikit kiriman wang dan ole-ole kering dari Terengganu. Itulah antara kenangan semasa tinggal dengan ibu saudara di Batu Pahat dan semasa bekerja sebagai guru tadika di sekitar Kuala Lumpur.

Semasa mengemas rumah Ma selepas pemergiannya saya jumpa banyak surat-surat lama kiriman saya dan adik-adik yang masih tersimpan rapi. Semasa Ma masih ada, jika saya jumpa surat-surat tu saya akan buang, tapi secara senyap-senyap, sebab Ma tak bagi buang, katanya sayang...

Sekarang... sekeping sampul surat lama ini saya rasa sangat berharga kerana saya tahu ia milik Ma saya...
sekeping sampul surat lama.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign