Asam Garam Kehidupan: Kewajipan suami

Nuffnang

Pages

7 Sept 2013

Kewajipan suami

" Hai Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan mereka daripada papa. Dia dan ahlinya adalah sentiasa dalam nikmat di dunia dan nikmat di Akhirat,"

" Hai Aisyah, terlalu kerap sahabat yang kukasihi, Jibril mengingatkan aku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalaqkan wanita itu akan diharamkan. Hai Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalaqkan oleh suaminya tetapi dia tidak memberi mahar kepada wanita itu. Allah SWT akan menjadi Khadinya."

" Apabila lelaki menegah hak ahlinya (pakaian, makanan dan sebagainya) maka Allah SWT akan menegahkan daripadanya nikmat Syurga pada Hari Qiamat nanti,"

" Apabila lelaki beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka, tidak pada sama giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan, maka ia dilaknat oleh Allah, juga malaikat dan manusia seluruhnya."

* peringatan buat para suami juga, agar seimbang kehidupan berumah tangga, itulah keAdilan Allah terhadap semua hambaNya *

2 comments:

  1. Memang sekarang ni ramai suami yang abaikan tanggungjawab.

    -wina1979-

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign