Asam Garam Kehidupan: Peringatan untuk wanita

Nuffnang

Pages

6 Sep 2013

Peringatan untuk wanita

Daripada Aisyah r.ha: Telah berwasiat kepadaku Rasulullah SAW, sabdanya:

" Hai Aisyah, aku berwasiatkan akan wasiat ini, maka hafalkanlah olehmu akannya. Engkau akan sentiasa di dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini.  

" Hai Aisyah, peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita isi Neraka dan menjadi kayu apinya."

Maka bertanyalah aku, " Wahai Rasulullah, mengapakah terjadinya yang demikian itu?"

Jawab Baginda, " Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji Allah di atas kemurahanNya, mengkufuri nikmatNya, banyak berkata kepada perkara yang sia-sia. Kaum wanita juga kurang pada akal dan pada agama, bahawasanya perempuan pada setiap bulan meninggalkan sembahyang sekian-sekian harinya dan keadaan kurang akal pada Allah SWT menjadikan saksi dua orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

" Hai Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi tiada bersyukur dan apabila dibalakan, tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu-ngadu dan mengkufuri nikmat."

Aku bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?"

Sabdanya, " Kerana bahawasanya wanita itu di bawah ( jagaan ) kaum lelaki, kemudian beroleh anak dua atau tiga orang, lalu berkata, Demi Allah, tidak ada aku lihat padamu ( suaminya ) walau satu kebajikan sekalipun.

" Hai Aisyah, apabila berkatalah seorang wanita kepada suaminya: Tiada aku lihat padamu apa-apa kebajikan, maka ditolak oleh Allah akan amalannya.

" Apabila seorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka Allah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang tujuh puluh hasta lalu diikatkan ke belakang tengkuknya,"

" Apabila seorang wanita memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan muka daripada suaminya, maka pada hari Akhirat Allah akan hempaskan muka dan tubuhnya."

" Apabila seseorang wanita itu  bertukar atau berpindah tempat tidur dan menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi oleh suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di Akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikatkan ubun-ubunnya kepada kaki lalu diletakkan syaitannya di atas mukanya di dalam Neraka."

" Apabila seorang wanita bersembahyang untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya, sembahyang itu dipukulkan ke mukanya sehinggalah ia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah ia berdoa untuk dirinya."

*jalan untuk ke syurga itu pahit dan berliku, sedang jalan ke neraka indah mempesona, jika tanpa pimpinanMu nescaya aku kecundang Ya Allah.....*

2 comments:

  1. Kalau dah berkahwin memang patut taat pada suami.
    Satu pengetahuan baru pasal kena doakan untuk suami juga.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. Ya Na, memang kena doakan suami dulu, baru doa untuk diri sendiri, malah taat suami itu adalah jambatan kita ke syurga.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign