Asam Garam Kehidupan: Rindunya pada Ma.

Nuffnang

Pages

2 Sep 2013

Rindunya pada Ma.

Dah lama benar rasanya tak dapat pergi ziarah pusara Ma. Mungkin dah dua bulan lebih. Agaknya dah naik semak pusara Ma, selalunya macam tu, sebab kubur sebelah menyebelah tu memang tak terjaga, sampai rumput-rumputnya menjalar ke kubur Ma.

Sebelum puasa baru ni ada sekali nak pergi, tapi disebabkan anak yang nak baik asrama tu lambat bersiap, tengah jalan dah jam, sampai asrama dia pun lambat, dah tak dapat pergi. Bulan puasa lagilah tak dapat pergi sebab nak siapkan berbuka. Seminggu lepas raya pun ada nak pergi, adik ipar pulak datang beraya.

Semalam, keluar dah awal, abang pun dah bersiap awal, sebab pagi-pagi lagi aku dah ingatkan dia harini nak pergi kubur tok ma, tapi rupanya, Allah menghendaki lain. Dengan hujan lebat, dengan jam sebab rasanya orang pakat keluar pergi open house dah hujung-hujung syawal ni. 

Rindunya, rindunya..Ma maafkan Gie, Gie nak sangat pergi jumpa Ma, moga-moga dua minggu lagi Allah berikan peluang itu, amin.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign