Asam Garam Kehidupan: Tak cukup duit.

Nuffnang

Pages

1 Sep 2013

Tak cukup duit.

Ada sesiapa pernah mengalami situasi tak cukup duit masa nak bayar barang yang dibeli di pasaraya?

Malu kan, hu hu...

Pagi tadila, kat pasaraya Econsave, memang dah minta duit lebih kat larling sebab nak beli barang untuk abang yang nak balik asrama.  Selalunya memang ada bawa duit spare, entah camana boleh terlupa, itulah manusia..memang mudah lupa, hu hu hu...

Masa nak bayar tak cukup rm3 (jer), tapi sebab dah memang kehabisan duit, menggelabahlah juga, kat belakang dah ramai yang queue, alamak!!!

Tapi kan, Alhamdulillah sangat-sangat, ada sorang lelaki yang queue betul-betul di belakang saya, baiknya hati dia..tolong bayarkan rm3 tu, Ya Allah, Kau tolonglah balas kebaikan dia Ya Allah,  Engkaulah yang menggerakkan hati dia untuk berbuat baik kepadaku...

Pengajaran untuk saya, kena selalu alert bila berbelanja, kalau terkena lagi ada lagi ke orang nak tolong?

2 comments:

  1. Ada gak orang nak tolong. Alhamdulillah. Kita yang terima pertolongan mesti selalu doakan untuk orang yang pemurah macam ni.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. betul Na, masa tu akak rasa syukur sangat sebab ada org sudi tolong, moga insan ini sentiasa dalam rahmat Allah

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign