Asam Garam Kehidupan: Allah sayang.....

Nuffnang

Pages

8 Oct 2013

Allah sayang.....

Umar Zikri demam sejak hari jumaat lepas, demamnya on-off, on-off, tapi malam tadi suhunya dah mencapai 39c, panas sangat, sampai mata pun berair, kena juga bawa ke klinik ambik antibiotik, tak maunya ok dengan ubat demam biasa. Malam tadi tengah tidur dalam pukul 4, terdengar suara dia merengek.." panas, panas "...eh, tak kurang juga panasnya walaupun dah makan antibiotik,... muntah...keluar air kuning. Sebelum tidur tu pun dah muntah, habis semua yang dimakan keluar. Umar Zikri walaupun demam, Alhamdulillah masih nak makan, harap-harap hari ni demamnya beransur sembuh, dah dua hari cuti ni.

Teringat kenangan demam anak sulung dulu. Masa tu masih takde pengalaman menghadapi anak demam. Umur kakak masa tu baru mencecah setahun. Demam panas, kami ingat dia sejuk sebab nampak dia menggigil, so..pakaikan baju sejuk, selimutkan, tidur celah-celah kami. Paginya sedang pakaikan baju dia, tiba-tiba dia kejang, mata terbeliak ke atas, menjerit saya, suami pun tengah bersiap nak pergi kerja, menggelabah betul kami. Masa tu belum beli kereta, terpaksa minta tolong jiran depan rumah ( kami duduk flat masa tu ). Minta tolong bawa kami ke hospital, bang Din pun terpaksa cuti hari tu ( terima kasih bang Din, moga kebaikan bang Din Allah balas di Akhirat nanti ).

Dalam kereta, keadaan kakak masih tak berubah, malah naik biru kukunya, sampai di hospital Kajang, terus masuk emergency, doktor buka semua baju rendam dalam air berais, saya tak boleh tahan hati lagi, menangis mendudu-dudu..

Dalam wad nurse dan doktor pun ceritalah...anak demam panas kena buat camni, camni...ooo..begitu..baru tau..ingatkan dia sejuk.. rupanya dia panas dalam. Anak sulung saya tu memang dah kena sawan, tapi Alhamdulillah tak effect kat otak dia.

Untuk Farah dan bakal ibu-ibu lain, tips bila anak demam panas:

1. Buka semua baju, kecuali pampers
2. Lapkan seluruh badan dengan air.
3. Letakkan tuala basah di kepala dan di celah ketiak.
4. Banyakkan bagi minum air kosong ( air barli sangat berkesan turunkan panas dalam, tapi saya pun terlupa nak buatkan untuk Umar Zikri kali ni, hu hu..)
5. Sentiasa bersedia dengan ubat untuk masuk melalui punggung, sebab semasa tidur malam, panas mudah naik mendadak, ubat ni cepat turunkan panas.
6. Doa.


"Ya Allah, aku yakin setiap yang Kau uji itu adalah penghapusan dosa buatku, dan tanda kasih-sayangMu buat anakku, sesungguhnya aku telah berusaha mengikut kemampuanku, tetapi tetaplah Engkau jua yang menyembuhkannya, Ya Allah, tolong sembuhkanlah anakku.."

7 comments:

  1. ala kesian..semoga cpt baik ye adik..

    kita mmg tak senang di btnya bila anak2 sakit..

    ReplyDelete
  2. terima kasih, Alhamdulillah..dah beransur baik :)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Azimah...sbg ibu mmg risau sgt kalau anak demam. Biasanya kita ni kalau anak demam tak bagi mandi ye? doktor suruh mandi.....tapi kita yg dewasa ni jika panas sgt demam lebih selesa mandi kan...

    ReplyDelete
  4. salam kenal kembali, terimakasih...lepas kes anak sulung tu dah tau anak demam kena bagi mandi, jadi bila dema sekalipun dia taknak mandi, paksa juga mandi, dengan air sejuk tu, hi hi...

    ReplyDelete
  5. ohhhhhh. mmm mmm. centu citer dia.
    teruknya baby demam. sampai centu sekali. ya allah :'(
    rindu kita kot. muahaha :P

    ReplyDelete
  6. ni baby demam lagi.. hu hu

    ReplyDelete
  7. demam lagi ? Ya Allah TT_TT
    semoga cepat sembuh baby !
    nanti kakak balik. sabar ehhh :P
    rindu baby :'(

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign