Asam Garam Kehidupan: Daging korban..saksi rinduku buat Ma..

Nuffnang

Pages

13 Oct 2013

Daging korban..saksi rinduku buat Ma..

Akhir tahun 2010 aku ada terasa hati dengan Ma, sebabnya Ma kata anakku nakal, memang anakku yang nombor dua tu agak nakal..ku akui..tapi bila keluar dari mulut Ma, rasa macam jauh hati pulak..( memang tak sepatutnya aku berperasaan begitu, menyesal sangat...)

Tapi macam selalu, seperti sebelum-sebelum itu, Ma simpan juga daging korban untuk aku. Cuti sekolah bulan 3 ( kalau tak silap  ) aku keraskan hati taknak balik rumah Ma. Aku merajuk dengan Ma. Cuma bila cuti pertengahan tahun 2011, akhir bulan 5 barulah aku mengajak suamiku pulang ke Terengganu. Ma tahu aku kecil hati dengannya, jadi dia lebih banyak mendiamkan diri, tidak seperti selalunya, ceria dan bergelak ketawa menyambut kepulangan kami. 

Cuma bila aku menunjukkan yang aku sudah tak kecil hati padanya, barulah Ma ceria kembali. Kami sempat bawa Ma ke Tasik Kenyir. Bila kami nak balik Ma dan chik nak ikut, Ma kata nak masak nasi minyak lauk daging korban yang dia simpan sekian lama untuk aku tu...

Tapi rupanya daging korban tu bukan rezeki aku.. 

Tertinggal..nak packing awal-awal macam barang-barang lain, tentulah tak boleh. Dah separuh jalan baru aku teringat. Ma nampak terkilan sangat, lama dia terdiam. Bagi mengubat kekecewaan Ma, aku katakan akan beli daging lain dan kami akan masak sama-sama di rumahku.

Itulah antara kenangan terindahku bersama Ma. Wajah Ma, senyum Ma, suara Ma, segalanya tentang Ma masih masih sangat jelas di mata dan tersimpan kemas di hatiku. Dalam doaku tak putus ku meminta kesejahteraan buat Ma di sana..bersama hamba-hambaNya yang diredhai..




2 comments:

  1. susahnya menjeaga perasaan orang tua,kita esok2 bila tua pun macam tu juga...entah2 lebih teruk lagi...harap2 tidaklah smpai macam tu..

    ReplyDelete
  2. adik saya sangat sabar menjaga Ma..saya yang tak sabar..mungkin kerana itu Allah tak rezekikan saya menjaga dia..sekejap saja sakitnya..dia pergi menyambut seruan Ilahi..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign