Asam Garam Kehidupan: Gambaran Hari Qiamat!!!

Nuffnang

Pages

29 Oct 2013

Gambaran Hari Qiamat!!!

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknya seperti tanduk besar ) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keAgungannya, " Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini menunjukkan Kebesaran dan KeagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa  lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil as dihidupkan semula, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar ( umpama padang Arafah ) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut, Ajbuz zanab, yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau semua manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan yang besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan ( bagi yang banyak amal ), berjalan kaki ( bagi yang kurang amalan ) dan berjalan dengan muka  ( bagi yang banyak dosa ). Ketika itu ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka sendiri.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat..

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari  Qiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau dan gunung-ganang hancur dan sungai serta lautan menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun!!!

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya, tidak akan haus buat selama-lamanya. Telaga ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1.  Pemimpin yang adil.
2.  Orang muda yang taat pada perintah Allah.
3.  Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4.  Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
5.  Lelaki yang diajak oleh wanita berzina , tetapi dia menolak dengan berkata" Aku takut pada Allah "
6.  Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi ( tidak diketahui orang ramai )
7.  Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign