Asam Garam Kehidupan: Ibnu Mas'ud doakan si pencuri.

Nuffnang

Pages

27 Oct 2013

Ibnu Mas'ud doakan si pencuri.

Sekali peristiwa Ibnu Mas'ud pergi ke pasar untuk membeli bahan makanan. Ketika hendak membayar bahan yang dibelinya, didapati wang yang disimpan dalam poket jubahnya telah hilang dicuri. Lantas beliau berkata, " Sekejap tadi ketika aku tawar-menawar , wang itu masih ada..."

Orang ramai di sekelilingnya menyampuk sambil mengutuk orang yang mencuri wang itu," Ya Allah, potonglah tangan pencuri yang telah mencuri wang Ibnu Mas'ud ini."

Lalu segera Ibnu Mas'ud berkata, " Wahai Tuhan, kalaulah wang itu diambilnya kerana kehidupannya yang terdesak, berkati  sajalah. Tetapi kalau dicurinya kerana keberaniannya membuat dosa, semoga inilah dosanya yang terakhir.."

4 comments:

  1. apa yang cantiknya kaktie..ooo..akhlaknya cantik :)

    ReplyDelete
  2. tak ramai org yg mendoakan org buat kejahatan dgn kebaikan tapi selalunya asyik terlanjur bahasa saja.susah sgt nak sebut perkara2 yg baik2.

    itulah manusia ni sgt2lah lemahnya..termasuklah knor ni..heheh.
    ikut hatilah katakan..cuba perbaiki diri..

    ReplyDelete
  3. tulah kan knor..kita lupa..padahal memang Rasulullah ajar kejahatan balaslah dengan kebaikan...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign