Asam Garam Kehidupan: IMAM ABU HANIFAH (di zaman kanak-kanak pernah berdebat dengan pendakyah Yahudi )

Nuffnang

Pages

1 Oct 2013

IMAM ABU HANIFAH (di zaman kanak-kanak pernah berdebat dengan pendakyah Yahudi )

Ada riwayat menyatakan bahawa gelaran Abu Hanifah diberikan kepada Imam Hanafi kerana ketekunannya beribadah, sesuai dengan makna perkataan ' Hanif' yang dalam bahasa Arabnya bererti cenderung atau condong kepada agama sebenar. Ada pula riwayat menyebut kerana kegemarannya menulis hingga beliau dikatakan tidak pernah berenggang dengan pena dan dakwat. ' Hanifah' menurut lughah Iraq bereri 'tinta' atau 'dakwat'.

Lain riwayat lagi menyebut, gelaran Abu Hanifah adalah sempena anak lelakinya yang bernama  Hanifah. Abu Hanifah bererti 'bapa Hanifah'

Menurut riwayat lain pula, 'Abu Hanifah' dikatakan bermakna "kepala paip" kerana luar biasanya kecerdikan dan kepintaran yang dimiliki oleh Imam Hanafi sedari kanak-kanak lagi. Kecerdikannya ibarat kepala paip, dipulas sahaja keluarlah airnya ( ilmu ).

Pengasas mazhab Hanafi ini dilahirkan di kota Kufah pada tahun 80H. Nama sebenarnya Nu'man bin Sabit bin Zautha bin Mah. Beliau dilahirkan ketika pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, Khalifah Bani Umaiyah ke-5.

Sejak kecil beliau menjalani kehidupan yang selesa kerana ayahnya seorang saudagar. Pun begitu, ini tidak lansung mengurangkan sifat zahid dan waraknya.

Imam Abu Hanifah seorang yang sangat teliti dalam segala hal. Beliau tidak akan berteduh di bawah pohon kepunyaan orang yang berhutang dengannya.

Pernah beliau melihat sepasukan tentera makan daging di tepi sebatang sungai. Sisa-sisa lebihan daging dibuang ke dalam sungai. Imam Abu Hanifah bertanya kepada penduduk sekitar, berapa usia ikan-ikan di dalam sungai itu. Diberitahu, maka dalam tempoh masa usia ikan-ikan itu, beliau tidak makan ikan.

Ketika usianya masih anak-anak, Imam Abu Hanifah telah menunjukkan kecerdasan akal yang sungguh mengkagumkan. Kerana kelebihannya itu, gurunya Imam Amir bin Syrahbil Asy-Syu'bi menasihatinya supaya memilih tempat belajar yang hanya dihadiri oleh alim ulama dan cerdik pandai yang diiktiraf sahaja.

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kadatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam Baghdad. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan mengetengahkan soal-soal berhubung kait dengan ketuhanan.

Dahri mencabar sesiapa sahaja yang berani berdebat dengannya. Cabaran itu disambut hebat oleh alim ulama Baghdad. Tetapi apa yang menyedihkan, Dahri tidak pernah tumpas setiap kali berdebat. Hujah-hujahnya sukar dipatahkan sampaikan akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama sekitarnya yang sanggup berdebat dengannya. Hinggalah Khalifah memerintahkan menterinya meninjau ke daerah lain kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.

- apakah yang bakal berlaku seterusnya..siapakah yang dapat mengalahkan pendakyah Yahudi itu?-

4 comments:

  1. Ehemmmm... Perasan la pulak IM.. he..he..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah NA ..
    perkongsian ilmu yg menarik ..
    dapat menambah pengetahuan tentang tokoh2 islam ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..lama Na tak datang? mood bercuti blm habis ye..: )

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign