Asam Garam Kehidupan: Mengorbankan perasaan, satu jihad..

Nuffnang

Pages

14 Oct 2013

Mengorbankan perasaan, satu jihad..

Macam berat je..ya..tajuk dah berat..nak buat lagi berat..takpe..baca je dulu, moga difaham-fahamkan olehNya.

Perasaan merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplinkan kerana perasaan itu ada yang positif dan ada yang positif. Yang positif hendaklah dilepaskan, yang negatif hendak ditahan. Hmmm...macamana tu?

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan. Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan. Contohnya begini..Kita marah kepada seseorang, perasaan marah itu adalah negatif. Bolehkah kita korbankan perasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau sombong kita.

Contoh lain, kita sayang sangat dengan harta kita, perasaan sayang tu sebenarnya positif jika kena pada tempatnya. Tetapi sayang harta ( duit ) itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita infakkan kepada jalan Allah. Perasaan sayang itu sudah tentu menyeksakan kita.

Lebih lanjut lagi contohnya tentang mengorbankan perasaan seperti kita diuji dengan berbagai-bagai ujian..miskin, kemalangan, sakit, diturunkan pangkat..sudah tentulah hati kita susah. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengorbankan perasaan kita, sudah tentu kita akan keluh-kesah, risau, fikiran berserabut hingga memberi kesan di sudut kehidupan kita yang lain. Tapi kalau kita sanggup mengorbankan perasaan kita, akan timbul ketenangan, fikiran menjadi stabil, kerja-kerja lain juga tidak terganggu. Tapi memang tak mudah, kerana jalan ke syurga itu penuh onak yang menyakitkan.

Oleh itu mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih-sayang, kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, bertolong bantu, lahir ukhwah, lahir redha. Maka kerana itu, mengorbankan perasaan itu adalah satu jihad, kerana di situ nafsu terpaksa dilawan. Jihad melawan nafsu itu adalah lebih berat dan lebih besar daripada jihad di medan .

Mengorbankan perasaan itu amat perlu dilakukan. Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup mengorbankan perasaan kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Begitulah besarnya erti mengorbankan perasaan dalam kehidupan. 

Oleh itu mintalah selalu kepada Tuhan agar kita mampu mengorbankan perasaan demi menagih redhaNya kepada kita.





No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign