Asam Garam Kehidupan: Tentang Iman

Nuffnang

Pages

4 Oct 2013

Tentang Iman

IMAN- punca tenaga, tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini.

IMAN- hartamu yang akan mengkayakan hatimu.

IMAN- kekuatanmu yang akan menguatkan jiwamu.

IMAN- pendidikan yang akan menjadikan engkau manusia yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi.

IMAN- sahabatmu yang karib dan setia, yang sentiasa bersama di kala suka dan duka.

IMAN- pembimbingmu yang akan memandumu kepada kebahagiaan hidup yang kau harap-harapkan.

IMAN- penyulumu yang terang-benderang, yang akan menyelamatkanmu daripada kegelapan dan kesesatan.

IMAN- pengawalmu yang sentiasa bersedia untuk menjagamu daripada serangan musuh lahir dan batin.

IMAN- pemeliharamu yang akan menghalangmu daripada terpesona dan tertipu dengan hasutan syaitan dan bujukan nafsu.

IMAN- pendorongmu yang akan mengarahkanmu supaya sentiasa berjuang di atas landasan yang dibenarkan oleh Tuhan.

IMAN- tenaga penggerak yang tidak akan membenarkan engkau berpeluk tubuh melihat maksiat dan kederhakaan pada Tuhan.

4 comments:

  1. Begitulah betapa iman perlu dalam kehidupan kita
    Tanpa iman 'telanjang'lah semuanya.

    ReplyDelete
  2. semua pun Allah tak pandang kecuali iman..tapi iman ni kekadang goyang juga..

    selalu kena topup ilmu..terutama dtg sini sokmo...

    ReplyDelete
  3. iman kita memang ada turun naiknya, ikut turun naiknya amalan kita juga..: )

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign