Asam Garam Kehidupan: Zunnun Al-Misri-tinggalkan uzlah, dekati masyarakat

Nuffnang

Pages

9 Oct 2013

Zunnun Al-Misri-tinggalkan uzlah, dekati masyarakat

--kita sambung kisah Zunnun--

Di pertengahan jalan pulang,Zunnun Al-Misri bertemu lagi dengan seorang ahli sufi. Ahli sufi itu tahu akan namanya walhal tidak pernah Zunnun bertemu dengannya, apa lagi mngenalinya.

" Bagaimana tuan tahu nama saya?"

Ahli sufi itu senyum seraya menjawab," Dengan mengenal cinta orang yang kita cintai,"

Zunnun berhenti seketika, dan mereka berbual. Berlakulah soal-jawab di antara Zunnun dan ahli sufi itu. Banyak kemusykilan Zunnun terjawab di situ.

"Sebelum kamu pergi aku ingin berpesan, beruzlah daripada manusia merupakan perkara mudah. Tetapi mengajak manusia kepada agama dan menyeru mereka supaya kembali menyembah Allah itu adalah suatu kewajiban. Hendaklah engkau sabar dan tabah hati menghadapi semua itu. Engkau serahkan dirimu kepada Allah."

Zunnun terdiam. Dia melihat ke dalam dirinya. Di luar kesedarannya, dia telah mengabaikan tugas yang lebih utama daripada segala tugas yang diperbuatnya selama hayatnya.

Zunnun meninjau kehidupan masyarakat sekitarnya. Mereka sudah jauh menyimpang dari landasan agama tauhid, dijajah oleh kejahilan yang maha hebat. Dan alim ulama tidak lagi memainkan peranan memperbaiki kehancuran yang terlalu ketara itu. sebilangan besar daripada mereka lebih suka menggunakan agama untuk memenuhkan tembolok semata-mata.

Zunnun bertolak pulang ke Nubian dengan tekad dan cita-cita baru. Dia mahu membasuh najis-najis kemungkaran yang kian tebal menyalut kehidupan manusia. Hanya dengan menanam kembali ilmu dan kesedaran ke hati-hati umat, kejahilan yang bermaharajalela akan dapat dibendung. Dan perlahan-lahan ia membawa kepada pembinaan masyarakat baru. Zunnun berjuang gigih untuk menjayakan cita-citanya itu.

---ada lagi sambungannya, sabar... tunggu yea--

No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign