Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

20 Nov 2013

Cuti Sekolah Sudah Bermula - Banyaknya Kenduri Kahwin Dan Cepatnya Mereka bercerai!!

Sekarang sudah mula cuti sekolah. Maka bermulalah pesta kenduri kawin di seluruh negara. Seolah-olah satu perlumbaan atau 'musabaqah' bilamana ada ibubapa berhempas pulas memastikan perkahwinan anak mereka dipuji orang. Apatah lagi kalau dapat disiarkan dalam akhbar atau media elektronik. Paling tdak diriuh-rendahkan di dalam facebook sesama keluarga dan kenalan. Rasa bangga, seronok dan puas hati berlebih-lebih membuak di dalam jiwa masing-masing. Tidaklah dinafikan ada yang berniat jujur untuk maraikan perkahwinan anak seadanya - mengelak dari membazir, bangga diri dan menempa kemurkaan Tuhan.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah saw. Ianya ajaran yang mudah dan ringkas. Itulah sunnah dan ibadah yang sangat bermakna. Bukankah ibadah itu adalah perlaksanaan lahir dan penghayatan rasa hati terhadap Allah dan Rasul? Menyambut menantu sepatutnya penuh dengan rasa hati yang sangat cemas, bimbang dan penuh munajat ke hadhrat Allah swt. 

Apa yang sangat diperlukan dalam majlis perkahwinan ialah keberkatan. Ianya bermakna ada perhatian dari Allah swt kepada semua elemen yang wujud di dalam majlis tersebut. Keberkatan ini sangat memberi kesan kepada hubungan antara suami-isteri dan juga sesama keluarga. Keberkatan dari langit menjadikan rumah tangga yang dibina, berkembang wangi, indah, bahagia dan saling bertanggung jawab.

Semua pasangan pengantin melalui proses yang panjang sebelum berkahwin. Maklumlah untuk menjadi Raja Sehari adalah suatu yang sangat diidam-idamkan oleh semua insan terutama remaja. Proses dengan pejabat agama juga tidaklah mudah. Selain menghadiri kursus pra perkahwinan, banyak dokumen yang perlu disiapkan. Malah wajib pula 'menyerah diri' untuk disuntik bagi melepasi ujian HIV. 

Setelah semuanya selesai, persiapan majlis yang berbagai acara terus berjalan. Itu semua tidak diambil kira majlis merisik, meminang, menghantar cincin, menetapkan belanja hantaran dan majlis akad nikah. Kemuncaknya tentu majlis kenduri doa selamat dengan berbagai acara yang penuh kemeriahan. Malah doa selamat ini pun sudah tidak dilakukan lagi. Semuanya lebih menumpukan kepada acara persandingan dan menepung tawar pengantin! Demikianlah acara demi acara akan dilangsungkan dalam majlis perkahwinan itu. Setelah semua tetamu pulang, barulah tuan rumah sedar, banyaknya hutang yang perlu dilangsaikan!!

Malangnya kerap berlaku, 2,3 hari atau seminggu dua atau sebulan dua selepas majlis 'wedding of the year' itu selesai, anak dan menantu tersebut sudah berbaris di depan kaunter pejabat agama - memohon berpisah dengan alasan tidak serasi!! Ramainya pasangan baru yang bercerai. Bahtera rumah tangga yang diharapkan akan bahagia dalam menempuh pelayarannya hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja. Rapuhnya bahtera yang dibina. Ianya tenggelam tanpa ada ribut taufan menggila di tengah lautan kehidupan.   
LIHAT MAKLUMAT 10,000 PASANGAN BERCERAI SETIAP BULAN?

4 comments:

  1. Itulah betapa pentingnya ilmu munakahat dan iman sebelum mendirikan rumahtangga...

    ReplyDelete
  2. bukan sebelum je kzakie..:)

    ReplyDelete
  3. Saya tengok macam-macam kena buat persiapan. Saya yang perhatikan macam remeh dan pening.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  4. kalau ikut yang disyariatkan, tidak susah pun..jadi susah sebab ikut adat...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign