Asam Garam Kehidupan: Dah tak se'best' dulu

Nuffnang

Pages

11 Nov 2013

Dah tak se'best' dulu

Hari ni kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu, mungkin dalam pukul 9.30 pm camtu, sedang bersiap apa yang patut, sempat jugala update..

Balik kampung ( kuala Hiliran, cabang Tiga, Kuala Terengganu..terkenal dengan keropok losong tu ) dah tak mendatangkan kegembiraan macam dulu. Kalau dulu masa Ma masih ada, rasanya setiap kali cuti sekolah aku yang lebih merengek mengalahkan anak-anak sebab nak ajak larling balik kampung. Seminggu lagi nak balik dah siap packing barang, tapi sekarang, nak balik pagi ni..malam tadi pukul satu baru packing.

Sekarang, nak balik kampung kena bawakla apa patut, maggi, biskut kering, bawang, ikan bilis sebab semua tu dah tak ada kat rumah Ma, dulu nak balik tak payah pikir semua tu, dalam peti sejuk Ma penuh dengan makanan, lauk semua Ma beli..tinggal nak masak je..

Sekarang balik kampung mesti singgah rumah adik dulu kat Dungun, tidur semalam kat rumah dia. Dulu larling ajak singgah rumah adik selalu menolak, nak cepat sampai rumah Ma.

Itulah bezanya..masa Ma masih ada, nak balik kampung tu rasa macam nak pergi luar negara je ( tak pernah pergi luar negara pun...tunggu pergi Mekah jelah kot..kesian kat saya kan..). Sekarang balik kampung dah tak membawa makna apa-apa.. cuma anak-anak je seronok nak berjalan..

Apapun, selamat bercuti buat semua..

4 comments:

  1. Memang beza. Saya pun nak balik Sg Penchala pun tak rasa seronok sebab arwah datuk dan nenek (belah abah)dah takde.
    Sekarang rajin balik kampung rumah Uwan je.

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung masih ada mak ayah, uwan, hargailah mereka selalu dengan ukhwah dan ziarah..

      Delete
  2. ..dlm perancangan nk blk umah nenek cuti nnt..rindu kg :) ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ni cucu yang baik ni..:)

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign