Asam Garam Kehidupan: Makan Angin pun boleh jadi ibadah....

Nuffnang

Pages

30 Nov 2013

Makan Angin pun boleh jadi ibadah....

Rasanya cuti sekolah panjang camni dah ramai yang plan nak makan angin..melancong tak kira lah ke mana..semoga dengan adanya perubahan suasana dapat juga merehatkan otak setelah seharian membuat kerja rumah atau pejabat. Anak-anak pun tentu seronok, sesekali dapat menziarahi tempat-tempat bersejarah, atau pantai peranginan indah melihat ciptaanNya yang berbagai atau di mana saja tempat menarik dan boleh membangunkan  jiwa untuk menyegarkan semula mood setelah sekian lama terperuk dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Jadikan perjalanan anda sekeluarga sebagai ibadah. Sabda Rasulullah SAW: 
    " Barang siapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka dia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah dia kembali."

Antara syarat yang perlu kita tempuh untuk menjadikan perjalanan kita sebagai satu ibadah, apabila dicuaikan atau ditinggalkan, ia tidak lagi dikira sebagai menempuh perjalanan yang diredhai Allah.

Tata-tertib perjalanan:

*  Niatkan perjalanan kita dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik, semoga sentiasa diberkati Allah.

*   Eloklah kalau dapat lakukan sembahyang sunat musafir dua rakaat sebelum berangkat. Selepas salam berdoalah agar Allah memberi keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan kita.

*   Untuk keberkatan juga, bacalah doa keluar rumah. Umpamanya seperti doa berikut:



           
*   Ketika menaiki kenderaan sunat berdoa:

 
*   Patuhi undang-undang kerana ini juga dituntut dalam Islam.

*   Tidak meninggalkan perkara-perkara asas dalm Islam seperti sembahyang fardhu. Masjid dan surau kan merata, tak susah pun nak cari.

*   Menjaga batas pergaulan, tidak bercampur bebas antara lelaki dan perempaun, agar aktiviti yang kita lakukan benar-benar menjadi ibadah.

*   Sebarkan salam dan senyum kepada orang yang ditemui.

*   Membantu orang yang memmerlukan pertolongan, kereta orang habis minyak misalnya..tapi kena hati-hati juga kan, sekarang ni ramai yang niat tak baik.

*  Latih diri dan anak-anak mencari hikmah yang tersirat di sebalik ciptaan Allah. Umpamanya bila melihat awan putih berarak di kebiruan langit yang tenang dan berbagai lagi.

*   Jauh perjalanan luas pemandangan, makin banyak pengalaman, bila melihat perbezaan nasib manusia yang ditemui dalam perjalanan, moga timbul keinsafan dan simpati pada yang kurang bernasib baik dan datang rasa syukur yang tidak terhingga di atas setiap nikmat kurniaanNya.


Semoga dapat manfaatnya, Selamat Bercuti buat semua...

2 comments:

  1. salam.
    nampak gayanya tggu result anak2 dulu..planning bulan 5 atau 6..cuti skrg ni jln dkt2 aje..

    ReplyDelete
  2. kami pun tak ke mana, dekat2 je..nak jalan jauh bila kenangkan bukak sekolah nanti banyaknya keperluan sekolah anak2 yang mesti dipenuhi, hmmm..yang tulah nak didahulukan..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign