Asam Garam Kehidupan: Mana lebih susah (2)

Nuffnang

Pages

15 Nov 2013

Mana lebih susah (2)

Setuju tak jika saya katakan bahawa banyak urusan /kerja akhirat sebenarnya senang dan mudah untuk kita lakukan, tetapi untuk melakukannya kita perlu bermujahadah, mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa terbeban, rasa terhina terasa malu dan berbagai rasa lagi yang amat membebankan hati kita...

Tetapi untuk urusan dunia sebenarnya banyak yang sukar dan terlebih susah, tetapi manusia sanggup bersusah payah, diperahnya otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, tidak jemu-jemu, walau menderita dengan berbagai-bagai cabaran dihadapi, tetapi manusia sanggup berhadapan dengannya.

Tak percaya? Tak mengapa.. baca je..

1.  Mana lebih berat, sembahyang subuh dua rakaat sekadar 10 ke 20 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah....namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang subuh yang sekadar 10 ke 20 mini itu tetapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan ke sepuluh jam kerana mencari duit.

2.  Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik turun bukit, menyeberang sungai, harung lecak tapi kerana nama dan  galamor sanggup je. Susah lagi walkathon tapi orang sanggup buat, berbanding menolong kawan kerana mencari keredhaan Allah..

3.  Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kerana kesalahan orang terhadap kita berbanding hendak naik gunung Kinabalu kerana nama dan glamor, padahal tidak naik gunung Kinabalu bukanlah satu kesalahan tetapi orang lebih mampu naik gunung daripada memberi maaf yang diperintah.

4.  Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan tidak pula meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah dan membuang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup menghadapi kesusahan kerana mencari keseronokan dunia..

5.  Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat kerja bagus bertahun-tahun lamanya, tinggalkan ibubapa, tanah air, korban wang ringgit...mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak pula berpisah dengan ibu bapa dan tanah air...namun ke Amerika boleh pergi, ke masjid tidak mampu pergi...

6.  Mana lebih susah, berkhidmat dengan ibu bapa sekadar satu dua jam dibandingkan hendak melayan boyfriend, girlfriend yang lebih banyak kerenah dan kehendaknya?

7.  Mana lebih berat, menderma kepada kelab-kelab hiburan dibandingkan dengan hendak bersedekah kepada fakir-miskin?

8.  Menonton filem, game, membaca novel yang melalaikan hingga berjam-jam atau sekadar 30 minit membaca Al Quran dan berzikir,  tapi orang seronok menghabiskan masa berjam-jam daripada 30 minit untuk mencari keredhaan Allah.

Begitulah...orang yang sudah jatuh hati dan cinta dengan dunia, lupa Akhirat, sanggup bersusah payah dengan dunia, sanggup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya. Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang membuatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidak cinta..

Setujukah kita bahawa kerja-kerja untuk dunia itu susah sebenarnya berbanding dengan kerja-kerja untuk Akhirat...jadi apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan di Akhirat kelak.. tidak ada hujah dan alasan sebenarnya!

terimakasih buat teman ukhwah baru- azieazah dari http://azieazah-aa.blogspot.com/  dan Mohd Helmi Ahmad ( maaf, saya tak jumpa link saudara saya ni ) kerana sudi menjadi teman alamaya saya, moga ukhwah kita berkekalan hingga ke Akhirat.

7 comments:

  1. Itulah Azi... kalaulah pahala tu boleh nampak selepuk depan mata agaknya baru masing-masing berkejaran mahu melakukan itu semua. Yg payah dan bertahun tu sebab ganjaran yg didapat cepat depan mata. Kerja sebulan dapat duit. Belajar bertahun balik jadi pegawai...

    Moga kita kuatkan iman kita mencari bekal utk dunia yg baqa'

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugakan, sebab ganjaran dunia ni nampak depan mata..terutama duit, ada iman pun boleh terbabas..

      Delete
  2. Eh... dah balik dari kampung ye. Kakak hari ini baru berblog tau, banyaaaak sangat kerja sejak 2-3 hari ni. Itulah duniawi Azi... rehat kakak masa kerja hanya utk solat zuhor dan asar aje. Ini baru dunia sampai terkejar-kejar. Mengisafkan betuuulll...

    ReplyDelete
  3. saya balik dari kampung semalam, hari ni baru berblog..hari ni terpaksa amik cuti lagi, urusan rumah plak, bertimbun,..sama-sama kita jadikan urusan di dunia ni sebagai jambatan kita ke akhirat ye kzakie..

    ReplyDelete
  4. yang penting hati kena kuat kak dalam nak menjalankan urusan akhirat ni...

    ReplyDelete
  5. eh, farah... trmkasih datang ke blog akak dan komen membina

    ReplyDelete
  6. http://kolekkecil.blogspot.com/2013/10/rukun-islam-yang-kelima.html

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign