Asam Garam Kehidupan: Tiada istimewanya aku...

Nuffnang

Pages

8 Nov 2013

Tiada istimewanya aku...

Pagi ini aku merenung-renung ke dalam diriku, mencari-cari kelebihan apakah, keistimewaan apakah, kehebatan apakah yang aku miliki, sehingga kadang-kadang aku lupa, lalai, terasa megah walaupun perasaan-perasaan itu tidak sampai zahir keluar. Setelah jauh ku telusuri, aku sedar tiada apa yang istimewanya, semuanya yang zahir di jasad kasarku ini kotor, jijik atau paling tidak menjengkelkan... 

1.  Air yang keluar dari badanku, peluh namanya.. baunya masam, menjijikkan orang.

2.   Yang keluar dari telingaku, tahi telinga atau nanah yang busuk dan meloyakan...

3.   Yang keluar dari hidungku, hingus namanya atau tahi hidung, menjijikkan dan meloyakan, tiada siapa yang suka sekalipun aku yang empunya diri..

4.   Yang keluar daripada mulut, air liur namanya, berbau busuk terutama di waktu baru bangun dari tidur, adakalanya najis ( air liur basi ).. aku sendiri jijik melihatnya..

5.   Air mata..memang mendatangkan simpati tetapi jika berlebihan akan menjengkelkan orang melihatnya..

6.   Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan, pintu depan dan pintu belakang, bukan saja terlalu busuk, jijik, bahkan najis. Wajib dibasuh, jika tidak akan merosakkan ibadahku, mengotorkan dan mencemarkan udara, menjejaskan kesihatan malah mengganggu ketenteraman.

Apatah lagi jika kemudian hari aku ditimpa perkara-perkara yang menjijikkan dan menyusahkan, malah dibenci seperti penyakit-penyakit mendatang seperti kudis, kencing manis, kayak, tokak, bisul, barah.. yang mengeluarkan nanah busuk, kotor, jijik, menyakitkan dan melemahkan seluruh tubuhku, serta bakal menyusahkan orang-orang di sekelilingku....

Jadi apalah yang lebihnya, istimewanya diriku ini ( fizikal luarku atau jasad kasarku ).. melainkan jika aku menjaga hubungaku dengan Khaliqku, menjadi hambaNya yang benar-benar mengabdikan diri kepadaNya..di samping menjalankan tugas sebagia khalifahNya mengikut kemampuanku sebagai seorang  wanita yang fizikalnya tidak segagah mana, agar aku selamat dan bahagia di dunia hingga ke akhirat..

Kerana yang akan kubawa 'pulang' nanti adalah jasad batinku, yang akan menghadap raja segala raja nanti adalah rohku, yang akan menerima segala pengadilanNya nanti adalah  jasad halusku, bukanlah jasad kasar ku ini ( ia akan hancur menjadi tanah )...... 
Jika aku tidak menjaganya maka: 

1. Penyakit rohku atau penyakit hati akan membawaku ke neraka, penyakit lahir membawa ke syurga kerana segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah atas dosa-dosaku..

2.  Penyakit lahir walau bagaiman teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tetapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia.

3.  Penyakit badan kalau sudah teruk sangat hanya membawa mati, tetapi penyakit rohku akan membawa matinya iman.

4.  Penyakit badan tidak kekal, tetapi penyakit hati seksanya kekal abadi 

5.  Penyakit badan hanya dibenci manusia, tetapi pentakit hati dibenci Allah.

6.  Penyakit lahir tidak dipandang hina dalam Islam, tetapi penyakit hati, penyakit batin dipandang hina..

Dan banyak lagi sebenarnya kenapa aku perlu sangat menjaga, memelihara rohku atau hatiku bersungguh-sungguh, berbanding dengan aku menjaga jasad lahirku...

Rohku atau hatiku mesti ku jaga dengan;

1.  Wajib kuberi makanan yang cukup.. makanannya adalah sembahyang, zikrullah, membaca AlQuran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaranNya dan mengingati mati.

2. Memberi ia pakaian iaitu dengan pakaian taqwa.

3.  Jauhkan sifat mazmumah seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riak ujub dan sebagainya.

4. Muhasabah terhadapnya selalu.

5.  Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan dan pakai yang sepatutnya...

Dan aku sangat sedar bahawanya semuanya bukan semudah yang kukatakan... Tuhan.. tolonglah daku selalu..aku tak mampu....

4 comments:

  1. Allah hu robbi... sesungguhnya kakak pun merenung diri kakak yg terlalu kerdil dan tak berupaya ini Azi andai tanpa redha dan kasih dariNya apalah yg mampu kakak buat..

    ReplyDelete
  2. kita memang selalu kena merenung kesalahan dan kekurangan diri kita, supaya kita tak mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain kan kakzakie..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign