Asam Garam Kehidupan: ISTIQOMAH...BERATNYA...

Nuffnang

Pages

15 Dec 2013

ISTIQOMAH...BERATNYA...

Istiqomah...apa pekerjaan pun sebenarnya nak istiqomah. Ada riwayat, tak pasti hadis atau kata-kata para wali, " Satu pekerjaan yang istiqomah, lebih baik dari seribu karomah wali-wali Allah." Ada riwayat lain mengatakan, " Jangan rebutkan darjat kewalian tetapi rebutkan istiqomah."

Sabda Nabi SAW bermaksud, " Amalan yang disukai Allah yang berterusan walaupun sedikit." Amalan biarpun sedikit tetapi berterusan, itulah istiqomah akan memberi kesan kepada hati, membina sikap dan tabiat yang mulia dan akan merubah seseorang menjadi lebih berakhlak.

Istiqomah...itulah yang susah, berat kerana ia sangat berkait dengan nafsu. Sabda Nabi sewaktu baru pulang bersama para sahabat dari peperangan Badar, mengartakan selepas ini akan ada peperangan yang lebih besar, dan bila para sahabat bertanya, jawab Baginda..peperangan melawan hawa nafsu.

Istiqomah...membuat amal kebaikan walaupun sedikit  seperti bangun malam untuk tahajjud, puasa sunat Isnin dan khamis, solat sunat dhuha dan bermacam lagi amalan sunat yang bila kita dapat istiqomah melakukannya, InsyaAllah sangat memberi kesan kepada hubungan kita dengan Al Khaliq, tetapi sukarnyaberperang dengan nafsu malas, ngantuk, nafsu makan...jadi macam manalah nak beroleh kebaikan...? ( sayalah tu..hu hu )

Teringat arwah Ma saya yang istiqomah solat sunat dhuha, terkadang saya terkejut bila dia dalam keadaan cemas.." Allah..lambat doh," ingatkan apa, rupanya terleka sehingga lambat untuk solat dhuha. Rezeki arwah Ma sangat murah berkat istiqomah solat sunat dhuha. Tahajjud malam pun Ma sangat jaga istiqomahnya..

Dan pernah terbaca dalam majalah MASTIKA ( lama dah ) kisah seorang wanita di Kelantan yang istiqomah menjadikan surah Yassin sebagai amalan harian. Suaminya pemabuk dan kaki judi. Suatu hari suaminya dalam keadaan mabuk dan kalah judi balik minta duit, sedangkan wanita itu memang tak ada duit ( wanita ini bekerja sebagai penoreh getah ), suaminya marah lantas menikamnya bertubi-tubi. Wanita tersebut meninggal dunia dengan jasadnya berlumuran darah. Anehnya sewaktu dimandikan liang-liang luka bekas tikaman di badannya menjadi bintik-bintik putih tanpa kesan darah dan Subhanallah.. wajahnya tersenyum berseri seakan tidur yang amat lena..

Almarhum abuya Ashaari Muhammad istiqomah mengekalkan wudhuk sehingga dalam musafir bila singgah di mana-mana tempat yang susah mendapatkan air untuk wudhuk, beliau dapat terus bersolat. Satu lagi, beliau sangat istiqomah menjaga waktu solat, setengah jam sebelum waktu solat beliau sudah berada di saf berselawat badawi. Pernah seorang anak muridnya berazam untuk mendahului beliau menunggu waktu subuh, kunci jam pukul 4, tapi bila tiba di saf abuya sudah tercongok di saf seperti selalu...

* saya sekarang cuma mampu istiqomah bukak blog pagi-pagi sebab apa tau... taknak tertidur lepas subuh, nanti hilang berkat hidup, hi hi..jadilah...*




Beliau sangat istiqomah menjaga waktu solat











No comments:

Post a Comment

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign