Asam Garam Kehidupan: Kat Dungun (otw ke Key Tee )

Nuffnang

Pages

28 Dec 2013

Kat Dungun (otw ke Key Tee )


Sedar tak sedar dah nak bukak sekolah semula, dah habis cuti sekolah sebulan lebih, dah nak masuk tahun baru 2014, dah meningkat umur setahun lagi ( amalan dok tangtu jugak, hu hu ), Ya Allah...cepatnya masa berjalankan, rasa baru semalam kami balik ke Key tee ambil kakak yang bercuti sekolah, hari ni dah nak hantar semula ke asrama...

Esok 29/12/2014...genap dua tahun arwah mak meninggal, Ma..moga sejahtera Ma di sana, kami sentiasa rindukan Ma...

Apapun, Ya Allah...bantu kami untuk dapatkan rasa hamba itu, agar kami tidak merasa keluh-kesah dengan kehidupan yang makin menghimpit ini, kami lemah, kami banyak dosa, memang selayaknya kami diuji begini...

Ya Allah...bantu kami juga untuk dapatkan rasa rindu pada Rasulullah, manusia agung yang begitu banyak dan besar jasanya kepada kami, yang sanggup bersusah-payah dan berkorban apa saja dalam memastikan kami semua mendapat iman dan Islam...

Akhir sekali Ya Allah..ku mohon agar Kau sejahterakanlah Almarhum guruku yang begitu besar juga jasanya kepadaku, yang mengajarku untuk mendapatkan rasa hamba dan rindu Rasul itu untuk aku selamat dunia dan Akhirat...

Dan tak lupa juga buat semua teman alam maya dan siapa saja yang sudi singgah di sini, terimakasih kerana sudi membaca dan memberi komen membina, moga kita saling beroleh manfaat dan ukhwah kita berpanjangan hingga ke Jannah, amin...

catatan kenangan dalam perjalanan ke rumah arwah Ma di Kuala Terengganu.

8 comments:

  1. Assalamualaikum makcik. saya kawan aishah. hehe :) aishah mesti dah balik asrama kan. kirim salam kat dia. Semoga setiap langkah kaki kita mendapat keberkatan driNya. Menggunakan masa yang begitu pnts berjalan dengan amln-amln yg bermnfaat buat bekalan di sana nnt. Berjaya dunia akhirat in shaa Allah. salam ukhwah dari saya juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ya syiqah..memang nak hantar dia la ni, 31 hb dia dah kena daftar masuk, terimakasih ya sudi jadi teman ukhwah makcik, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Allah, amin

      Delete
    2. aww terima kasih ashiqahhh! dah lama rindu nak dengar ayat2 camni drpd awk. huhuhu :'D
      all the best spm tahun depan. semoga ukhwah kita berkekalan, inshaAllah. hehe ^^

      Delete
  2. Aaamin . insha Allah . semoga allah terus memberikan kita kudrat untuk mengejar jannah Nya .

    ReplyDelete
  3. Memang cepat masa berlalu kan. Selamat pergi dan selamat pulang semula.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  4. trmkasih atas doanya Na, dah sampai rumah, tgh update blog nih, he he

    ReplyDelete
  5. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign