Asam Garam Kehidupan: Manusia "Jin" Jalan Atas Air.

Nuffnang

Pages

10 Dec 2013

Manusia "Jin" Jalan Atas Air.

" Dan kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya. Lalu kami tumbuhkan dari air itu pohon dan biji tanaman yang diketam, dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang bersusun untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba ( kami ). Dan kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati ( kering ) seperti itulah terjadinya kebangkitan."      - Al Qaaf: 9-11.

Kuasa air banyak membantu tentera-tentera Islam di zaman lampau. Seperti yang pernah berlaku ketika tentera-tentera Islam menyeberang Sungai Dajlah yang maha luas dan dalam. Mereka menyeberanginya dengan tenang sambil bercerita di atas kuda. Seakan-akan mereka sedang berjalan di atas daratan. Kejadian ini menggerunkan tentera-tentera Parsi sehingga mereka menyifatkan tentera-tentera Islam yang menyeberangi Sungai Dajlah di bawah pimpinan Saad bin Abi Waqqas dan Salman Al Farisi itu bukanlah dari kalangan manusia tetepi adalah jin-jin belaka.

Pernah tentera-tentera Islam di bawah pimpina Rasulullah kekurangan bekalan air. Lalu Allah datangkan bantuanNya. Dari celah-celahjari Rasulullah memancarlah mata air. Akhrnya bekan air yang diperlukan oleh tentera-tentera Islam dapat dipenuhi.

Dari gemersik air yang mengalir, adakalanya datangnya memutuskan nikmat. Apabila kemungkaran menjadi pakaian manusia. Terbukalah pintu-pintu dari langit. Meluncurlah curahan hujan yang melimpah-limpah. Memancar mata air dari segala perut bumi. Bertemulah air itu denngan satu urusan yang telah ditetapkan iaitu menghancurkan setiap makhluk yang derhaka.

Begitulah peristiwa yang terjadi pada pada umat Nabi Nuh. Mereka tenggelam dalam arus banjir yang melanda. Kecuali orang-orang yang beriman, Allah selamatkan mereka dalam bahtera, namun jumlahnya sedikit sekali.

Firaun yang pernah menyeksa pelayannya yang beriman dengan diceburkan ke dalam kawah air yang mendidih akhirnya tenggelam di dalam gelombang air juga. Allah tidak biarkan kemungkaran Firaun berkekalan.

Ya...sesungguhnya air itu adalah sebahagian dari tentera Allah. Ia memberi manfaat selagi iman tersemat di dada. Ia mendatangkan bala dan bencana bila kemungkaran terus menjadi mainan manusia...

3 comments:

  1. Benar belaka. Air, angin dan api adalah sebahagian tentera Allah. Jgn mengundang murka kerana akibatnya kita sebagai manusia yg kerdil dan lemah akan menerimanya..

    ReplyDelete
  2. ya, Allah turunkan bala kerana dosa manusia...moga ada yang mengambil iktibar

    ReplyDelete
  3. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign