Asam Garam Kehidupan: MENDAPAT PERTOLONGAN ANAK KAMBING KURUS

Nuffnang

Pages

20 Dec 2013

MENDAPAT PERTOLONGAN ANAK KAMBING KURUS

Seorang lelaki Arab yang terkenal sebagai seorang kaya dan banyak menternak kambing telah bermimpi. Dalam mimpnya itu, dia telah diselamatkan oleh seekor anak kambing yang kurus daripada diserang oleh beberapa ekor kambing jantannya. Anak kambing kurus itu mengawal lelaki Arab itu dengan cara berpusing-pusing mengelilinginya dan berjaya menahan serangan kambing-kambing jantan yang garangdan jauh lebih besar daripadanya.

Apabila lelaki Arab itu tersedar daripada tidurnya, difikirkannya tentang makna mimpi yang pelik dan agak melucukan itu. Anak kambing kurus dalam mimpinya itu betul-betul menyerupai anak kambing yang telah disedekahkan kepada orang dua hari yang lalu.

" Kenapa anak kambing kurus itu menolong aku dalam mimpiku, padahal aku bukan tuannya lagi? aku telah sedekahkan dia kepada orang lain." fikirnya,

Tidak lama lelaki Arab itu berfikir, akhirnya dia dapat menghuraikan makna mimpi itu.

" mimpiku itu memberi kesedaran kepadaku, bahawa amalan bersedekah itu pasti akan mendapat berkat, walaupun barang yang disedekahkan itu tidak mahal harganya, yang lebih utama adalah ikhlas, mungkin itu adalah sedekahku yang paling IKHLAS," dia membuat kesimpulan di hatinya.

Wallahu'alam.






No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign