Asam Garam Kehidupan: susahkan nak ikhlas ni.....

Nuffnang

Pages

20 Dec 2013

susahkan nak ikhlas ni.....

" Ambillah, saya ikhlas ni,"

atau...

" Saya tolong dia dengan ikhlas, aik..alih-alih dia buat saya cam musuh pulak,"

atau.." Saya hendak tolong awak ni dengan ikhlas tau, tapi sedih tau..awak tak nak,"

Ataupun dalam surat..selalu ada penutup camni.." Saya yang ikhlas" ( Eh..sekarang orang dah tak main surat-surat ni, semua whats ap,whats ap je..dulu la orang selalu tutup surat camni, saya pun selalu buat )

Persoalannya..betul ke ihklas kalau macam nih?

Ikhlas adalah salah satu daripada sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis, mereka merasa tidak selamat, mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu.

Orang yang mengaku ikhlas ertinya dia mengaku dirinya baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ternafi keikhlasnnya. Tiada yang memgetahui seseorang itu ihklas sekalipun yang punya diri,walaupun malaikat, melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Firman Allah dalam hadis Qudsi bermaksud:

" Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsiaKu, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang aku kasihi."

Apa erti ihklas..senang je..ertinya murni, bersih..contohnya kalau air..semata-mata air, kalau bercampur dengan nila ke, sabun, tepung air itu sudah tidak khalis, tidak murni lagi, tidak mutlak.

Kalau dalam beramal tujuannya adalah satu, didorong oleh satu iaitu Allah SWT, demi untuk mengabdikan diri kepadaNya, tidak bercampur dengan kerana-kerana yang lain, itulah ihklas....

Ada kayu ukurnya untuk menilai diri ikhlas atau sebaliknya.

1.  Orang puji atau keji sama saja, dipuji hati tidak berbunga,dikeji hati tidak pula menderita.

2.  Kalau dia rajin beribadah, sama ada di waktu seorang atau ramai, sama saja.

3.  Jika dia rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.

4.  Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau marah orang yang tidak buat kerja.

5.  Kalau dia membuat ibadah atau kerja , hatinya tidaklah berkata moga-moga ada orang melihat dan memujinya.

6.  Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.

7.  Kalau dipuji susah hatinya, kalau dikeji hatinya boleh menerima dan hatinya berkata, " Aku hamba,memanglah ada cacat celanya."

8.  Dia membuat kebaikan bukan kerana digesa orang lain atau kerana malu dengan orang lain. ( contoh mudah- pakai tudung bukan kerana ramai orang sudah bertudung )

9.  Dia berbuat bukan kerana kehendak masyarakat, dia berbuat kerana merasa itulah tanggungjawab yang wajib dipikulnya.

10.  Dipuji atau dicaci sama saja, dia tetap berbuat, di depan atau di belakang orang dia tetap rajin, tertib dan berakhlak.

Jadi, marilah kita suluh diri kita dengan mata hati, dan terus pula berusaha membuat kebaikan dengan hati yang tunduk, tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan, penuh rasa takut dan cemas, mudah-mudahan Allah memandang kita dengan belas ihsanNya...

5 comments:

  1. Membaca N3 Azi ini membuka minda kakak utk memuhasabahkan diri kakak yg serba kurang ini. Kadang mulut kata ikhlas tapi hati jahat mudah dijentik syaitan ada unsur sebab lain. Allah.... takut betul kakak ni Azi..

    ReplyDelete
  2. bukan kakzakie jer, saya yang menulis ni pun takut tak ihklas, sebab ihklas ni memang susah, artikel tentang ihklas tu panjang, saya pendekkan supaya kawan-kawan senang nak baca, faham dan seterusnya dapat menfaaat bersama, maaflah kalau banyak kekurangannya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  4. terimakasih juga sudi baca dan komen, moga kita sama-sama mendapat manfaatnya

    ReplyDelete
  5. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign