Asam Garam Kehidupan: Curi amalan orang...?

Nuffnang

Pages

15 Jan 2014

Curi amalan orang...?

Tajuk entri ni saya ambil dari key words. Alhamdulillah takdela yang mengarut-ngarut sangat, tergerak nak tengok key words macam blog azieazah buat, macam-macam carian yang lucu dan l......, gelihati juga kan kak azieazah.

Berbalik pada tajuk entri kat atas tu, saya yakin curi amalan tu bukanla macam curi barang kan? Curi amalan tak ada dalam syariat kita ( saya ada rujuk pada mereka yang lebih arif ), apa yang dibolehkan ialah kita cuba "meniru" amalan orang lain samada buruk atau baik. Saidatina Fatimah apabila diberitahu oleh ayahandanya Rasulullah SAW bahawa ada seorang wanita yang akan mendahuluinya memasuki syurga ( padahal wanita itu yang akan menarik kenderaan Saidatina Fatimah untuk memasuki syurga ), lantas beliau sanggup pergi ke rumah wanita tersebut untuk melihat sendiri kehebatan amalan wanita itu. Rupa-rupanya wanita itu amalannya ialah dia sangat memuliakan suaminya.

Atau di Akhirat nanti sewaktu ditimbang amalan baik dan buruk kita dibolehkan mengambil pahala amalan orang lain sekiranya ada dosa orang itu terhadap kita, kerana dosa kita kepada orang atau dosa orang kepada kita tidak akan terampun melainkan diampunkan oleh orang/ kita sendiri.

Semoga siapa yang membuat carian pada tajuk tersebut berpuas hati yea, dan moga ada manfaatnya buat semua.

Tak lupa di sini saya nak ucapkan Selamat Datang dan selamat menjalinkan ukhwah buat teman-teman baru, Vee Sandi dari http://harumankasehvee.blogspot.com/, saudara Abil Fikri dari http://abil4fauziah.blogspot.com, cik Syiqah dari http://cik-shiqah.blogspot.com/, saudara Shameel Iskandar dari http://www.bicaradariaku.com/, Kesuma Angsana dari http://www.kesumaangsana.blogspot.com/, Saudara Noob dari http://buasirotak.blogspot.com dan babYpose dari http://baby-pose.blogspot.com/. Semoga kita saling mendapat manfaat dan jalinan ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga, aminnnn.

8 comments:

  1. "Curi" yg ini kes special dan indah jadinya Azi. Kalau boleh nak buat seperti mereka yg lebih berilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada curi yang special ye kzakie, boleh juga kita cuba kan?

      Delete
  2. thanks for reminder

    meh la ke blog saya:
    Berkerjaya dari rumah

    ReplyDelete
  3. Bukan curi tapi adaptasi...

    ReplyDelete
  4. setuju dgn insan marhaen, bukan curi tapi adaptasi.. Ia dibenarkan, malah digalakkan.

    ReplyDelete
  5. ya, memang dalam syariat takde, amalan seseorang itu adalah antara dia dengan Allah, cuma dosa kita sesama kita, kena dilangsaikan di dunia supaya tak berpanjangan di sana...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign