Asam Garam Kehidupan: perasannya kita..eh..saya..

Nuffnang

Pages

5 Jan 2014

perasannya kita..eh..saya..

kita ni, kaum hawa Allah anugerahkan 9 nafsu dan 1 akal, sedangkan kaum Adam dikurniakan dengan 9 akal dan 1 nafsu, maka memang layaklah lelaki sebagai pemimpin, eh! tak semberono ye..lelaki yang layak memeimpin ialah seorang yang beriman dan bertaqwa, barulah dia boleh jadi pemimpin yang adil.

Saya nak cakap pasal kita, kaum wanita, khususnya renungan buat diri saya sendiri..yang mudahnya kecik hati, mudah terasa, mudah merajuk, mudah marah, mudah perasan...mulalah rasa nak nangis, sedih hu hu. Ada pulak alasannya tuh..bila hampir nak datang bulan tu, perubahan hormon katanya, memangla ada benarnya, tapi under control ape, bukan takleh control, saje layan, ha.. menjadilah... lagi-lagi bila merajuk dengan suami...

Saya setuju dengan seorang teman ( sebenarnya lebih tepat dia adalah guru, teman rujuk walaupun usianya jauh sangat muda berbanding saya ), sebenarnya segala bentuk 'penyakit' yang saya sebut di atas adalah berpunca dari lemahnya jiwa kita, yang mana jika tidak dirawat akan menambahkan lagi penyakit mazmumah, juga boleh mengheret sama orang lain yang tak berkaitan. Contoh yek..kita terasa hati kat boss marah kita, padahal memang kita yang salah, tapi sebab dah terasa kita mula jaja cerita tak baik, burukkan boss, sehingga kawan lainpun boleh salah sangka dengan boss, haaaa..parahkan.

Jadi jomla kita rawat penyakit lemah jiwa kita ni, jadilah kita wanita yang kuat jiwanya, kuat perasaannya dengan Tuhan. Jika sedih, merajuk dengan suami, marah kat boss alihkan dengan mengingati dosa-dosa kita, sedihla dengan dosa-dosa kita yang sememangnya banyak, yang mana jika kita tak bertaubat akan menjerumuskan kita ke lembah neraka..

Buat apalah nak tunjuk perasaan kat manusia, mereka bukan boleh tolong pun, mungkin sekadar beri nasihat tu kira oklah juga, jika dibuatnya makin dihentamnya kita tak ke tambah sakit hati, so baik mengadu pada Tuhan, sememangnya DIA saja yang boleh mengubati segalanya.

Tapi kan..setuju tak kalau saya kata orang lelaki pun ada yang lemah jiwa..Eh! tapi bukanlah teman ukhwah alamaya saya, orang lain...

* sedang cuba nak kuatkan hubungan dengan Tuhan, susahnya mujahadah...*

6 comments:

  1. kuat mana pun kita..akhirnya tumpah juga airmata..fitrah...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu, memang fitrah...tapi lebih baik tangisi dosa-dosa kita...

      Delete
  2. assalamualaikum nor...betul ckp Knor kat atas tu mesti meleleh air mata juga...;)

    ReplyDelete
  3. Betul tu baik ngadu pada Allah. Saya sekarang ni bila rasa kecil hati dengan seseorang, saya akan ingat kebaikan dia pada saya.
    Chill.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  4. tu yang sebaiknya, jika kita kenang kejahatan org pada kita hati pun makin sakit kan, so kita kenang kebaikan dia, mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign