Asam Garam Kehidupan: Pisang oh pisang....

Nuffnang

Pages

26 Jan 2014

Pisang oh pisang....

Semalam di pasaraya nak beli pisang, sesikat je pun, pisang apa entah, licin gebu kuning cantik je kulitnya. Selesai timbang, mak aiiiii....rm11.90 sesikat, diam-diam letak balik.

Minggu lepas, Mak mentua datang dengan adik ipar, pi kedai runcit dekat rumah, ambik sesikat pisang. Pisangnya kecik-kecik comey gitu, pisang manis yea. Kalau dulu, bolehlah dapat rm 2 something, tapi kali ni rm3.50 sesikat kecik tuh, pisangnya adalah dalam lebih kurang 12 ke 14 biji.

Dah lama tak beli pisang goreng tepi jalan. Tapi kengkawan cite, biasa kalau beli rm2 tu dapatlah 5 keping kecik-kecik,nampak besar sebab salut tepung, sebiji pisang dibelah 3 gitu. Rasa cam nak buat bisnes pisang goreng pulak, banyak untung tu...

Mak cik saya ( kami panggil chik, adik arwah ma saya ) ada satu cerita lucu tentang pisang. Seorang yang bolehla kita panggil tok siak sebab rajin azan dan kemas-kemas surau, tapi tanpa gaji tau...namanya kami panggil bang Sopi, tanam pisang belakang rumah. Dah agak besar buah pisangnya, dicat setandan pisang tu. Ditanya kenapa? Adalah...

Satu hari pisang setandan hilang kena curi. Bang Sopi pergi ke pasar, pusing-pusing nampak pisang setandan yang dicat tapi dah jadi sesikat-sesikatla. Apalagi bang Sopi datang dekat orang yang jual pisang tu, tak cakap banyak diambil semua pisang tu. Orang yang jual pisang tu marahla, bang Sopi kata, " Mung nok maroh, mung maroh orang hok jua pisang ni ke mung, ni pisang aku, aku kena sebab aku cak pisang ning." ( awak nak marah, marah orang jual pisang ni kat awak, ni pisang aku, aku kenal sebab aku cat pisang ni ).
Ha ha..itu sebabnya bang Sopi cat pisang, kalau kena curi senang nak cari.

Jangan main-main dengan pisang sekarang. Harga pisang makan dah mencecah rm5.50 sekilo ( kedai dekat rumah, kat pasaraya mungkin lain harganya). So, sape yang ada tanah kat belakang rumah tu, apakata kita pakat tanam pisang. Daun pisang pun dah naik harga kan kzakie..

8 comments:

  1. Mmg biasa org curi pisang ni..CN untung duk kg, byk pokok pisang keliling rumah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..bagusnya masih boleh tanam pisang kat kg, cam kat kg mak mentua kat rembau dah takleh tanam apa2, banyak 'kogho', habis sampai ke umbut pisang kena makan...

      Delete
  2. Suka mkn pisang rastali...selalu juga beli..
    bgus ye, cat pisang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dok ulangkali tanya chik saya tu, betul ke bang sopi buat camtu, chik kata betul sebab bang sopi ni memang jenis gila-gila sikit orangnya, tapi boleh pakai kan idea dia, hi hi

      Delete
  3. Betul Azimah. Pisang semakin berharga sekarang ni. Dan kami pun dah lama tak beli pisang goreng tepi jalan. Buat sendiri jer. Beli yang longgok = RM2 puas makan. Cuma nak kena rajin laaa,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa saya pun beli, masalahnya yang longgok pun dah mahal juga, dan kalau ada pun cuma boleh buat cekodok jer...

      Delete
  4. kesian kat org belakang umah saya . pisang berbuah di luar pagar . Tetiba hilang di tebas orang ...

    ReplyDelete
  5. aduiii, nasib..redha jelah, niat sedekah, dapat pahala..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign