Asam Garam Kehidupan: Saya jarang pasang azam tahun baru....

Nuffnang

Pages

1 Jan 2014

Saya jarang pasang azam tahun baru....

Salam Tahun Baru 2014...

Apa yang saya nak cakap pasal tahun baru ni yek? Hmmmmmm...

Tapi saya tak bohong pasal tajuk entri kat atas tu, betul..entahlah, tak tahu nak pasang azam apa, pada saya nak berazam tak payah tunggu tahun baru. Sebab apa tau, azam  saya bila mula kesedaran...saya berusaha untuk mendapatkan rasa kehambaan dan rindukan Rasulullah, sebab tu saya kata tak tunggu tahun baru, baru nak pasang azam, InsyaAllah itulah azam saya sepanjang hidup hingga  menutup mata nanti....

InsyaAllah, jika kita benar-benar berusaha mendapatkan rasa kehambaan itu, yang lain-lain akan dipermudahkan, baik dari segi rezeki, jodoh dan yang lain -lain tu, Dia akan bagi bila kita benar-benar layak. Kita tau kita hamba, tapi nak rasakan diri kita benar-benar hamba yang sentiasa dalam percaturanNya adalah amat sukar. Kadang-kadang kita ingat Dia hanya bila kita susah, terhimpit, tersepit..bila senang, kita lalai, lupa, lagho...


Tapi tak salah nak pasang azam, berazamlah apa saja pun..dan berusahalah untuk mencapai azam itu...

Buat teman alam maya semua, selamat memasang azam baru, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Allah, aminnn..





18 comments:

  1. assalamualaikum

    yelah saya pun sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam

      rasanya berazam ni buat org muda-muda je kot..he he

      Delete
  2. IM sentiasa pugar azam.

    Lebih syahdu sambut Maal hijrah sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terus berazam dan berusaha mencapainya ye,

      Maal hijrah...itu yang lebih baik

      Delete
  3. Terima kasih atas nasihat yang diberi itu :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, apa azam Na untuk tahun baru?

      Delete
  4. assalamualaikum nor...selamat tahun baru yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mama Maszull, terimakasih dtg sini...:)

      Delete
  5. Kalau boleh nak hari-hari lebih baik Azi.. kira macam azam jugalah tu hihi...
    Kakak busy saaaangat. Maaf lama tak dijejakki. Selamat tahun baru. Moga kita lebih istiqomah mencari kebaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugakan, berazam untuk menjadi lebih baik setiap hari, InsyaAllah..moga dipermudahkan..

      saya pun sibuk juga menjelang buka tadika ni, prepare jadual guru, persediaan mengajar..ha ha ..tak padan dengan cikgu tadika..

      Delete
  6. Ini blog baru ke??rasanya hari tu masa berkunjung kesini,lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan blog baru, berwajah baru je..tapi blog saya ni memang baru 6 bulan umurnya, baru lah juga, he he

      Delete
  7. Maaf lambat jenguk semula, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni ! follow sini juga yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terimakasih, moga dah bertambah sihat ye..

      Delete
  8. salam ibu. mana pegi butang ad nuffnang ?

    ReplyDelete
  9. Danish install window 8, tu yang hilang kot, ibu pun melilau juga nak bukak blog nih, jenuh tekan sana-sini

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign