Asam Garam Kehidupan: saja je nak cerita...

Nuffnang

Pages

29 Jan 2014

saja je nak cerita...

Umar Zikri sekarang suka sangat pakai baju melayu, tak kira pagi, tengahari ke, petang..Satu hari tu, sanggup tak mandi petang sebab taknak buka baju melayu, sampaila ke tengahari esoknya masih nak pakai baju yang sama. Terpaksala saya selongkar almari cari baju melayu abang-abangnya yang saya simpan, baju melayu baru-baru lagi. Abang-abangnya palkai masa raya je, habis raya simpan masuk almari. ada sepasang tu pemberian sepupu dia, agak gedoboh, eh..nak juga pakai, gulung-gulung bahagian pinggang pun sanggup ( terpaksa gulung sebab labuh ). Dia suka pakai baju melayu sebab ada peluang ikut abah pegi surau. Saya tanya abah dia, ok ke dia ikut solat kat surau tu, abahnya kata ok je, tak ngacau pun, Alhamdulillah...

Hampir setiap hari saya akan bekalkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Larling saya keluar seawal 5.45 pagi sebab takut jem kat area Sg. Besi, sampai pejabat lebih kurang pukul 7.15, kantin pun belum bukak. Kesian larling, dia ada gastrik, saya susah sikit pun takpe. Anak-anak pulak nak bawa bekal sebab katanya makanan jual kat kantin tak best, yang tu, tu jugak, nak beli pun kena beratur panjang, kadang baru nak makan loceng masuk kelas dah bunyi, so bawa bekal selain jimat belanja, tak perlu susah-susah beratur panjang pastu tak sempat makan...

Pagi ni kan... saya buat cekodok ikan bilis jer ( tak yah tayang-tayanglah ye, malu..cekodok je pun ). Spontan pulak dapat idea nak gaulkan sedikit margerin ke dalam tepung ( cam nak buat karipap tu ).,Haa..Alhamdulillah menjadi la..selalunya kalau dah sejuk,mulalah jadi keras dan liat, tapi jap tadi saya makan masih rangup dan lembut.

Tapi..termasinlah pulak, silap..patutnya dah letak margerin garam kena kurangkan ( balik kerja nanti larling mesti komplen masin, hu hu )

8 comments:

  1. Akk pulak kan sis..kalau buat cekodok tu..goreng sikit2 dulu...nak mkn nnt goreng pulak lagi...ni semua sbb kes takut cekodok liat dan keras kalau sejuk...boleh try ni campurkan majerin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kak eye-nee, sukanya saya, akak dah boleh baca blog saya, dah tak sangkut lagi yea, Alhamdulillah..

      ya kak, cuba try, acu test yea, hi hi

      Delete
  2. Alhamdulillah anak suka pakai baju melayu sebab nak ikut abah ke surau. Bestla pagi-pagi bole beribadah pada keluarga, syukur :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..itula yang termampu untuk berbakti pada suami dan anak-anak, moga ada nilaiannya di mata Allah, aminn..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Azimah
    Bagus la anak rajin ikut abah ke surau..
    anak makchaq pun pernah jugak masa kecik2 suka sangat baju melayu.. tapi dah besaq ni pakai masa raya ja la..
    Boleh jugak try gaul majerin buat cekodok ni.. budak2 kat rumah memang suka cekodok.. selalunya makchaq goreng cukup2 makan ja.. pastu simpan adunan dlm aisbox, sapa nak makan baru goreng, pasai tak nak bagi liat..

    ReplyDelete
  5. wsalam makchaq..
    harap2 rajin sampai ke besar, sekarang ni si bongsu tu umurnya 4 tahun...
    haa..try la makchaq, tadi masa makan malam saya tanya larling saya camana cekodok tadi, dia kata tak keras, cuma masin sikit, sebab dah letak majerin tambah plak ngn garam..

    ReplyDelete
  6. baguslah semuanya dari air tangan sendiri lebih berkat kan...

    ReplyDelete
  7. tu la yang termampu untuk membahagiakan suami dan anak-anak yang sememangnya suka makan, hi hi
    InsyaAllah berkat..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign