Asam Garam Kehidupan: BERDOA ketika ALLAH Hampir Dengan Kita..

Nuffnang

Pages

9 Feb 2014

BERDOA ketika ALLAH Hampir Dengan Kita..

Apabila kita berhajatkan sesuatu, pasti kita ingin ia segera tercapai. Untuk itu, apabila berdoa dan memohon sesuatu lakukanlah ia di waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa sambil menghadirkan hati dan menghinakan diri kepada Allah tatkala melakukannya.

Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa ialah:

1.  Ketika turun hujan.

2.  Ketika akan memulakan sembahyang dan sesudahnya.

3.  Ketika menghadapi barisan musuh dalam peperangan ( kita sesuaikan dengan keadaan kita, kerana kita bukan dalam suasana peperangan, ada kawan saya..menurut ceritanya kereta rosak di tengah jalan, datang seorang pemuda, macam nak menolong, rupanya berniat jahat, anak dara kawan saya ni dah cemas, tapi Alhamdulillah bila terpandangkan kawan saya ni, muka dia jadi takut semacam terus lari...kawan saya ni dia baca ayat " Laqadja akum (sampai habis ayat )" ulang berkali-kali dengan hati yang betul-betul mengharapkan pertolongan dari Allah )

4.  Di tengah malam ( inilah waktu yang sangat mustajab sebenarnya, sebab tu kita sangat dianjurkan oleh nabi supaya bangun dan melakukan solat tahajud, waktunya antara pukul 2 ke 3 pagi, dan inilah yang sangat tak mampu kita nak buat )

5.  Di antara azan dan iqamah.

6.  Ketika iktidal yang akhir dalam sembahyang.

7.  Ketika sujud dalam sembahyang. Ketika bersujud kita berada amat hampir dengan Allah. Nyatakanlah di dalam hati apa sahaja hajat  kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya. Bahkan menggalakkannya pula kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud:

    " Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannyaialah di kala dia bersujud, kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

8.  Ketika khatam 30 juzuk Al Quran.

9.  Sepanjang malam,paling utama sepertiga yang akhir dan waktu sahur.

10. Sepanjang hari Jumaat, kerana mengharap bersua dengan saat 'ijabah' ( waktu dimakbulkan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat itu. 

11. Di antara waktu zohor dan Asar.

12.  Di antara waktu Asar dan Maghrib.

Rasanya ramai di antara kita yang sudah ada ilmu ini, tapi tak salah diulang-ulang supaya meneguhkan lagi hati kita untuk melakukannya. Ambillah peluang yang ada sebaik mungkin kerana sabda nabi lagi:

   " Doa itu senjata orang mukmin "
Ihsan google



8 comments:

  1. Assalamualaikum, saya praktikkan 2, 3 dari sini, Alhamdulillah berkesan tetapi dengan specific hajat, hasrat dihayati dari hati. Sememangnya, Doa menyempurnakan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tapi sayangkan kalau kita singgah solat kat masjid selalu peratikan lepas solat org terus bangun yanpa berdoa, padahal waktu tu salah satu waktu mustajab doa..tak berdoa tu menunjukkan tanda sombongnya kita padahal banyak sangat hajat kita pada Allah sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. seboleh mungkin rebutlah segala peluang yg diberi utk mencari doa mustajab ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sama-sama kita merebutnya..

      Delete
  4. Tengah cuba amalkan. Bila ingat, terus berdoa.

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. istiqomahkan, amik yang senang nak buat dulu, bila dah dapat istiqomah tu baru berkat.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign