Asam Garam Kehidupan: Bersalam dengan Jin.

Nuffnang

Pages

12 Feb 2014

Bersalam dengan Jin.

" Hilang lagi," rungut Kaab apabila mendapati jumlah buah-buahannya yang berkurangan daripada jumlah asal. " Siapakah agaknya yang mencuri simpananku di sini?" gerutu hati kecilnya sambil melabuhkan punggung ke atas seketul batu besar yang terdapat  di situ.

Kaab benar-benar bingung. Sudah acap kali buah-buahannya di curi. Bermacam cara dilakukan namun pencuri yang menceroboh ke gedungnya itu masih belum berjaya dikesan. Penjagaan rapi yang dibuat tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kegagalan itu membuatkan Kaab lebih nekad. Keinginannya untuk menangkap si pencuri terus berkobar. Dan kalau boleh biarlah tangannya sendiri yang menangkap si pencuri itu.

Kaab mengetatkan agi pengawasan di gedung buah-buahannya itu. Dia berkawal siang dan malam. Dia menutup setiap ruang yang diragui keselamatannya. Pada suatu malam, seperti biasa Kaab berkawal sambil mengelilingi gedungnya dua tiga kali. Apabila letih berjalan, Kaab pun duduk di muka pintu gedung, menikmati udara malam yang nyaman dan menyegarkan.

Kelekaan Kaab tiba-tiba terganggu. Ada sejenis binatang kecil berjalan-jalan di tepi dinding gudangnya, tidak jauh dari situ. Kaab menyapa dengan ucapan salam. Salamnya dijawab. 

   " Apakah engkau termasuk manusia atau jin?" tanya Kaab.
   " Aku daripada bangsa jin," jawab makhluk itu.

Kaab meminta makhluk itu menghulurkan tangannya untuk bersalam. Binatang itu menurut sahaja. Kaab agak terkejut kerana tangan binatang itu seperti tangan anjing. " Apakah tyang mendorong engkau ke mari? Dan kenapa kau berani masuk ke gedung simpanan buah-buahanku tanpa izinku?" tanya Kaab.

Binatang itu tunduk seperti dalam ketakutan. Kemudian dia menjawab, " Talah sampai kepadaku satu berita bahawa kau seorang yang gemar bersedekah. Maka aku ingin terglong daripada mereka yang beroleh sedekahmu itu."

Kaab tersenyum. Kemudian dia bertanya, " Baiklah, tapi tolong beritahu aku, apakah yang dapat menyelamatkan kami daripada gangguanmu?"

Jin yang berupa binatang kecil itu menjawab, "Ayat Kursiy. Barang siapa yang membacanya pada waktu pagi dia akan selamat daripada gangguan kami sampai ke waktu petang. Barang siapa yang membacanya pada waktu petang, dia akan selamat sampai ke pagi esoknya."


6 comments:

  1. Wah jin pun nak dapatkan sedekah daripada Kaab.

    P.S: Kak ada tinggalkan komen kata saya tanya sambungan cerita. Cerita yang mana satu eh?

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. E-novel-Dunia rumah Alena, baru bab 13, kata nak sambung

      Delete
  2. ayat kursi memang baik diamalkan dari sebarang bentuk atau jenis gangguan.

    ReplyDelete
  3. terlalu byk kebaikan ayat kursi . maka jgn sekali - kali meninggalkannya ...

    ReplyDelete
  4. Salam Nor Azimah, dah guna google+, sayaraound dulu baru sampai ke blog ni :) ayat kursi saya memang amalkan, dulu tak reti, tapi dah hafal dah.

    ReplyDelete
  5. Buat Na, Farah, Vee dan babYpose, terimakasih atas komen anda semua, komen anda semua amat saya hargai, moga kita terus berukhwah sampai bila2, InsyaAllah..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign