Asam Garam Kehidupan: Cerai 5 isteri...

Nuffnang

Pages

2 Feb 2014

Cerai 5 isteri...

Seorang suami mempunyai 4 orang isteri. Sewaktu pulang ke rumah, keempat-empat isterinya sedang bertengkar tidak mahu berdamai. Suami habis akal...

" Kalau kau orang tak nak berdamai, aku cerai kamu semua!!!" Ugut si suami.

" Abangkan ketua keluarga, abnglah patut cari jalan damaikan kami," kata isteri pertama.

" Amboi, amboi, banyak soal  pulak. Saya ceraikan awak." kata suami.

" Apa abang ni, baru isteri cakap camtu dah ceraikan?!" kata isteri kedua.

" Awak pun banyak cakap, saya ceraikan awak!" kata si suami pada isteri kedua.

" Abang kenapa ni? Tak munasabahnya tindakan abang! Isteri bersuara sikit, abang cerai. Tak bagi ruang nak berbincang." kata isteri ketiga membela isteri pertama dan kedua.

" Awak jangan banyak cakap, awak pun saya ceraikan sama!" kata suami pada isteri ketiga.

" Janganlah abang buat mereka gitu, tak baik bang. Allah tak suka walau pun talak tu di tangan suami," nasihat isteri keempat.

" Awak jangan nak nasihat saya. Dengan awak sekali saya ceraikan." kata suami dengan marah.

Keempat-empatt isterinya diceraikan. Kecohnya rumah tangga ini sehingga terdengar sampai ke rumah jiran sebelah. Isteri jiran membuka jendela.

" Hai orang sebelah, kenapa sampai kecoh-kecoh ni?" tanya isteri jiran.

" Awak jangan masuk campur. Kalau awak jadi isteri saya, dengan awak sekali saya ceraikan." kata suami tadi yang masih dalam kemarahan.

" Saya izinkan." jawab suami jiran pula.

Maka tertalaklah kelima-lima isteri yang malang itu.

Kat atas tu cuma sebuah cerita rekaan. Tapi sebenarnya nak cerita...talak jangan dibuat main. Bila desertai niat, jatuhlah talak. Suami hendaklah jadi orang yang bertanggungjawab. Bukan gunakan talak ikut nafsu. Suami kena banyak sabar dalam menghadapi kerenah isteri, lebih-lebih lagi yang poligami yer...

4 comments:

  1. Nasib baik talak bukan ditangan isteri. Tulah jangan mudah main cakap cerai-cerai ni kan.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. kalau talak kat tangan isteri, setiap seminit ada je kot suami kena cerai, ha ha

    Membina masjid senang, nak kekalkan sejahtera dan penuh rahmat tu, susah..

    ReplyDelete
  3. walaupun ada pengajarannya..lucu juga. tersengih saya membaca entry ni azimah

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign