Asam Garam Kehidupan: Cuti sakan..

Nuffnang

Pages

3 Feb 2014

Cuti sakan..

Hari ni dah masuk 3 Februari 2014, kejap je dah nak masuk 2 bulan melangkah tahun 2014 ni. Hari ni masih cuti, cuti sakan dari hari jumaat, eh! dari hari  rabu lepas. Terpaksa cuti lama sebab Umar Zikri kena asma semula, last kena masa umur dia 2 tahun. Tapi kali ni agak teruk, masa kena hari tu sampai 3 kali kena pegi klinik sedut oksigen. Kalau pi hospital sure kena tahan, tapi dah dengan anak-anak bersekolah susahla kalau kena tunggu kat hospital. Tapi Alhamdulillah...dah semakin sihat dah dia.

Hari ni cuti sempena Hari Wilayah. Anak-anak pun semua sekolah. Umar Zikri masih tidur, abahnya tumpang dua kaki, hi hi..
Hmm.. apalagi saya godek blok le. Kalau ikutkan mata ni. mau lelap juga, tapi Alhamdulillah sejak ada blog ni, saya jarang sangat tertidur lepas subuh.

Kat bawah ni gambar-gambar Umar Zikri dengan baju melayunya yang gedoboh tu. Saya ada cite dalam entry lepas, dia sekarang suka sangat pakai baju melayu. Semalam kami pegi ziarah adik ipar larling yang baru 2 minggu dapat baby ketiga, baby boy..Muhammad Ammar Farhan ( kata orang takleh tayang gambar baby yang belum cukup 40 hari, ikut jelah )
Bersama sepupu , mereka ni sebaya, cuma beza bulan je, Umar Zikri lahir bulan 5, sepupu, Muhammad Amsyar ni lahir bulan 11

Nilah baju melayu pemberian abang sepupu dia, labuh, gedoboh..tapi suka sangat pakai,  Alhamdulillah menjelang nak masuk umur 5 tahun ni Umar Zikri dah pandai qomat, cuma agak sangkut tang yang last.

Ni pulak baju melayu abang dia, gedoboh juga, baju melayu pemberian arwah tokma masa raya tahun 2006.

12 comments:

  1. wah seronoknya kak cuti sakan... heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah seronok sangat, takleh jalan mana pon, umar zikri tak sihat, abah adala alasan taknak bawak jalan2, hu hu..

      Delete
  2. semoga umar fikri cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  3. terimakasih, dah beransur sembuh, Alhamdulilah..

    ReplyDelete
  4. InshaAllah sihat dengan doa nabi Ayub..comey dia dgn baju melayu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, terimaksih sharing..:)

    ReplyDelete
  6. gedoboh pun maintain cute la umar zikri ni.... :D

    ReplyDelete
  7. Terimakasih..suka kamain tengok gambar dia masuk blog..:D

    ReplyDelete
  8. Takpe tak lama lagi baju tu nanti muat-muat. Budak-budak cepat besar :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
  9. menjelang nak besar, baju dah kusam, sbb apa tau, suka sangat pakai, tengok kering je terus amik pakai, tak kira siang ke, malam ke..anak-anak ni kan Na, sorang perangai camni, sorang perangai camtu, kena banyak sabarnya jadi ibu ni..

    ReplyDelete
  10. ehh besar dah baby skarang. cepatnya.. O.O (akibat tak balik 2 bulan)
    hensem dah baby ehhhh hahahaha XD

    ReplyDelete
  11. oiiit kakak, janganlah panggil 'baby' kat sini..malu..kan semua orang dah tau, apalah kakak..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign