Asam Garam Kehidupan: Habis terbakar hutan kesayangan saya!!!!!!

Nuffnang

Pages

18 Feb 2014

Habis terbakar hutan kesayangan saya!!!!!!

Sedih sangat tengok hutan belakang rumah saya terbakar dek kelalaian manusia, ada ke bakar sampah musim-musim kering camni pastu tinggal tak dipantau, angin panas, kering  memburukkan lagi keadaan, saya rasa tak sampai 15 minit, api menjulang tinggi habis dari hujung sana ke hujung sini ( rumah saya di hujung sini, boleh ke teman-teman bayangkan? boleh kot...).

Saya nak masak tengahari dalam pukul 11 camtu, tiba-tiba saya dengar bunyi bedebub motor jatuh, saya nampak sorang remaja susup-sasap berlari masuk ke dalam hutan, saya tinjau dan nampak asap berkepul-kepul dan bunyi berdesip-desip benda terbakar. Saya berlari segera ke tingkat atas nak tinjau dari veranda belakang, MasyaAllah...api marak dengan laju, menjulang tinggi,  saya terus call bomba, saya tunggu dalam setengah jam bomba tak sampai-sampai, rupanya ada kebakaran hutan juga kat pekan Semenyih. Cemasnya saya Ya Allah, tak tau nak cakap, hutan tu lebih kurang 5 meter je dari rumah saya.


Menurut cerita jiran remaja tu lari dari dikejar polis, motor yang ditinggal betul-betul di belakang rumah saya habis terbakar, tak dapat diselamatkan. Cari kamera nak snap gambar, rupanya suami bawa ada urusan kerja dia, sayang sangat tak dapat snap gambar masa kebakaran tu. Tapi buat pengetahuan kawan-kawan, kat perumahan saya di fasa 7, Bandar Tasik Kesuma ni dah 3 kali semak-samun dan hutan kecil terbakar. Dekat pulak tu dengan rumah saya. Nampaknya musim panas kering camni, orang masih suka nak bakar-bakar sampah sembarangan, tak bertanggungjawab betul, habis hutan saya!!!!

Bila bomba sampai, hutan tu dah terbakar hingga ke dalam-dalam, bertungkus-lumus diorang sebab hutan kan, susah nak masuk, tapi kena jugak dipadamkan sebab sebelah hutan tu ada kampung dan kabel elektrik hampir sangat. Lama diorang bekerja, saya rasa diorang sampai dalam pukul 11.30 hingga pukul 4 petang tadi masih di belakang rumah saya. Depan rumah saya ada pili bomba. So, pili bomba tu berbaktilah hari ni.

Larling balik dalam pukul 4 tadi, dia dah snap gambar kesan kebakaran tu, tapi takleh nak upload sekarang, tenet dah habis kuota ( kami guna broad band je, sebab nak pantau anak dari guna internet sembarangan ). Tapi InsyaAllah saya akan upload kemudian.

Habis dah hutan kesayangan saya, dari veranda belakang cuma tinggal pokok-pokok melecur dan habuk-habuk hitam memenuhi lantai bumi, sekali lagi, sediiiiiih sangattttttt.....Betullah firman Allah, berlaku kemusnahan dan kerosakan di muka bumi ini akibat tangan manusia sendiri.

8 comments:

  1. Sedihnya, pasti panik tengok api masa musim panas ni. Ambil masa nak menghijau balik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang panik gila, saya call bomba tu sambil terjerit-jerit suruh dtg cepat, sbb tengok api tu laju sangat, Ya Allah, first time tengok live api besar menjulang..

      Delete
  2. Mesti panikkan..apa cerita bdk tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah knor, Allah aje yang tahu...

      Budak tu menurut cerita jiran dikejar polis sbb meragut, motor tu pun motor curi. Petang semalam kebetulan suami balik, budak tu dtg, saya dah cite kat suami pasal budak tu, bila suami tanya kenapa tinggalkan motor camtu, dia boleh buat cerita konon dia jatuh, pastu dia biasa dtg ke situ sbb nak tangkap ayam hutan, nampak beno bohongnya, padahal saya nampak dia lari susup-sasap macam lari dari sesuatu. Petang ni saya balik keje tengok rangka motor tu pun dah hilang....

      Delete
  3. kebaikannya , semak samun yg mungkin ada ular dah bersih . keburukannya dah buat penduduk setempat panik ... alhamdulillah nor serta harta benda selamat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugala, tapi setakat ni tak nampak pulak ular, anak bebe hute penah nampak, ada dua tiga kali nampak monyet, hutan tu kan, tenang sangat bila waktu pagi, berkabus..dengar suara cengkerik, riang-riang, sebab tu saya sayang, saya ada citer pasal hutan tu dalam entry kisah AKU

      Delete
  4. Ada hikmahnya klau hutan dekat sgt dgn rumah terbakar Azi. Kakak rasa biar budak nakal tak buat kerja tak baik macam yg Azi kata tu. Kalau ada hutan dia sembunyi kat situ. Tapi kalau pokok dah tak ada memang panaslah sebab oksigen dah kurang. Kalau banyak pokok sejuk macam kat kampung.

    Sana-sini banyak terbakar sekarang ni Azi. Dua hari lepas kakak balik kerja pun nampak bomba tungkus-lumus padamkan api sebab terbakar juga. Habis pokok tepi jalan tinggal ranting hitam semua..

    Tanda Allah nak kita beringat atas ujian ini kan Azi..

    ReplyDelete
  5. hmmmm, betul jugakan..

    Tapi..saya tetap sayang sangat kat hutan tu, dah dua tahun saya bercerita dan merenung 'wajah'nya saban pagi, tapi betulla kata kzakie tu, peringatan dari Allah, mungkin nak tunjukkan sedikit gambaran api neraka dan kepanasannya, dan itupun cuma panas api di dunia...

    Tula, buat kita terkilan sangat..kadang yang terbakar tu sebab org sembarangan bakar sampah, buang puntung rokok merata, padahal dah tau musim panas berangin sekarang ni.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign