Asam Garam Kehidupan: Kepintaran Imam Abu Hanifah

Nuffnang

Pages

27 Feb 2014

Kepintaran Imam Abu Hanifah

Para pejuang Islam dari zaman-berzaman tidak pernah luput dari hasad dengki manusia kepada mereka. Begitu juga Imam Abu Hanifah, beberapa orang yang berhasad dengki kepadanya merancang satu fitnah untuk menjatuhkan imejnya.

Untuk tujuan itu mereka mengupah seorang wanita. Wanita itu dibawa ke kampung Imam Abu Hanifah dan diarah mengikut apa yang dirancangkan. Menjelang waktu subuh, dalam perjalanannya ke masjid, Imam Abu Hanifah disekat oleh wanita upahan itu. Dia berkata dengan suaranya yang penuh kerisauan, " Tuan, tolonglah ke rumahku sekejab, suamiku sakit tenat dan dia hendak berwasiat. Aku bimbang dia meninggal sebelum sempat berwasiat."

Sebagai seorang Imam, tanpa banyak bicara dia terus menuju ke sebuah rumah yang didakwa oleh wanita itu sebagai tempat kediamannya. Sampai di situ, dia dipersilakan masuk, tetapi sebaik sahaja beliau masuk, wanita itu mengunci pintu dan terus melaung-laung meminta pertolongan. Datanglah golongan pendengki itu menangkap Imam Abu Hanifah dan wanita itu untuk dibawa mengadap Khalifah.

Khalifah memerintahkan supaya Imam Abu Hanifah ditahan sementara menunggu waktu siang. Imam Abu Hanifah terlalu dukacita, hatinya tidak putus-putus mengharap rahmat dan kasih-sayang Allah. Ditakdirkan Allah, wanita upahan itu tiba-tiba menyesal di atas perbuatnnya.Lalu dia segera menemui Imam Abu Hanifah di tempat tahanan untuk menceritakan hal sebenarnya.

Imam Abu Hanifah tunduk berfikir sejurus, kemudian dia berkata, " Kalau engkau hendak menebus dosa mu itu, pergilah kepada mereka, katakan engkau hendak pulang ke rumahmu kerana sesuatu urusan dan akan segera kembali setelah selesai urusanmu."

" Baiklah, tetapi apa yang harus aku lakukan di rumahku nanti?" dia bertanya.

" Engkau jangan pulang ke rumahmu, itu sebagai alasan sahaja, engkau pergilah ke rumahku, ceritakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Kemudian bawalah dia ke sini dengan menyamar sebagai engkau. Suruhlah dia berpakaian seperti engkau, dan engkau sendiri pergilah kemana-mana pun, aku maafkan engkau."

Rancangan itu berjalan lancar dengan berkat Imam Abu Hanifah. Sebaik-baik sahaja isteri Imam Abu Hanifah yang menyamar sebagai wanita upahan itu sampai, hari pun menjelang pagi. Imam Abu Hanifah dan isterinya yang menyamar itu segera dibawa mengadap Khalifah.

" Adakah halal bagi engkau berkhalwat dengan seorang wanita ajnabi?" tanya Khalifah.

" Wahai Amirul Mukminin, sebelum membuat tuduhan, pastikan dulu wanita ini. Panggillah bapa mentuaku untuk memastikannya." Kata ImamAbu Hanifah.

Bapa mentua Imam Abu Hanifah segera datang dan diperintahkan oleh Khalifah untuk mempastikan siapa wanita itu. Beliau segera membuka 'purdah' yang menutup wajahnya...

"MasyaAllah, ini anakku. aku kahwinkan dia dengan Imam Abu Hanifah..." dia menjerit terperanjat.

Semua orang yag hadir di situ terkejut dan kehairanan, termasuklah golongan si pendengki itu. Alangkah kecewa dan marahnya mereka kerana rancangan itu gagal.

6 comments:

  1. pendengki ada di mana2..minta dijauhkan dari Allah si pendengki dalam hidup kita seharian..amin..

    ReplyDelete
  2. ya CN, dan kita pun minta diselisihkan dari perangai hasad dengki ni, aminn

    ReplyDelete
  3. Padan muka mereka. Maha kaya Allah kan org baik mesti dilindungi.
    Pengajaran pada mereka yg suka hasad ni Azi...

    Kakak suka baca N3 macam ini. Kadang kakak suruh anak kakak baca tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak, cerita2 camni anak2 murid cukup suka, moga mereka membesar dengan cerita2 tokoh2 hebat Islam, kerana mereka sudah terbiasa dengan cerita2 dongeng rekaan Barat, moga jadi inspirasi buat mereka.

      Ooo, adik pun suka cerita camni yea, bagusla...

      Delete
  4. Luar biasa Abu Hanifah, Tauladan yang baik

    ReplyDelete
  5. salam kenal buat Manfaat Buah Durian Untuk Kesihatan, terimakasih atas kunjungan dan komen.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign