Asam Garam Kehidupan: Mengejar Muda di Dunia atau...

Nuffnang

Pages

15 Feb 2014

Mengejar Muda di Dunia atau...

Wanita berusaha untuk cantik dan sanggup berbuat apa sahaja itu, sangat takut bila menatap cermin dan kelihatan di wajahnya jalur-jalur usia yang makin memudarkan kecantikannya. Aku juga sebenarnya cuak menghadapi saat-saat itu, tapi sebagai hamba aku sedar itu adalah proses semulajadi yang pasti dilalui setiap manusia....

Tidak salah berusaha untuk cantik..yang salahnya bila kita sampai mengubah ketetapan Tuhan.

Dari pembedahan plastik kepada mengambil hormon, dan berbagai lagi kaedah moden terkini, semuanya punya kesan sampingan yang memudaratkan. Akhirnya diri sendiri yang merana kerana menolak takdir Tuhan. Fizikal menderita kerana kanser dan bermacam-macam penyakit lagi. Lebih parah, batin turut menderita kerana hati yang tidak pernah puas, hati yang didorong oleh nafsu yang tidak dididik...

Cuba lihat artis-artis barat yang sanggup berbuat apa saja untuk kekal cantik dan muda..contoh mudah-Elizabet Taylor..bagaimanakah kesudahan hidupnya? Micheal Jackson..semuanya mati dalam keadaan yang menyedihkan....Nak ke kita jadi macam mereka? Itulah yang terjadi bila tak nampak syurga, kita terkejar-kejar muda yang menyakitkan di dunia, malah tak kekal, kena bedah lagi, makan hormon lagi sebab naknya kita pada kecantikan...

Atau..bersiap sedia menerima hakikat bahawa cantik atau tidak, muda dan tua adalah takdir Tuhan yang pasti. PemberianNya itu sudah sewajarnya dijagai seadanya sebagai tanda kesyukuran kita. Beruntunglah orang yang dapat menerima hakikat kejadian diri masing-masing....kerana di situlah letaknya ketenangan dan kebahagiaan hati. Jom kita kejar 'muda' yang abadi......


8 comments:


  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. auntie dah follow, cuba check betul2, masuk ni dah 3 kali MT invite..bila pulak nak follow blog auntie?

      Delete
  2. Bersyukur dgn apa yang ada..cuma sekarang lebih menjaga badan utk suami tersayang sebab dia request supaya wife sntiasa slim dan cantik ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....CN pun dah ada cantik anugerah Allah kan, so memang patut ikut apa yang suami nak, dapat ganjaran pahala lagi pulak tu, Subhanallah..

      Delete
  3. klu sejak dr usia muda sampai la ni tak pernah calit sebarang kosmetik kat muka , sekadar guna air sembahyang , kulit mmg tetap cantik . garis2 kedut pun cuma ditahap yg minimum . my bonda dah 75 thn . collegan x de tapi kedutan dimuka sgt kurang . di hujung mata dan bawah mata cam tak nampak jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...mesti berkat air wudhu tu, selain adalah tu amal makan-makan ulam, orang tua dulu-dulu kan kuat berulam yg kita tahu memang banyak khasiatnya, sampaikan salam utk bonda ye,

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign