Asam Garam Kehidupan: MUSIM-MUSIM PERKAHWINAN

Nuffnang

Pages

6 Feb 2014

MUSIM-MUSIM PERKAHWINAN

Musim-musim perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kita nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru dia hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah.

Musim-musim perkahwinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Isteri itu tanah, kita langit penaungnya
Dia ladang tanaman, kita pemugarnya
dia kiasan ternakan, kita gembalanya
dia adalah murid, kita mursyidnya
dia bagaikan anak kecil,  kita tempat bermanjanya
saat dia menjadi madu, kita teguk sepuasnya
seketika dia menjadi racun, kitalah penawar bisanya
dia tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Musim-musim perkahwinan
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
kita belajar meniti sabar dan redha
memiliki isteri yang tak sehebat mana
justeru kita tersentak dari alpa
kita bukannya Rasulullah
pun bukan saidina Ali karramallahu wajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh.
ihsan google
kredit untuk seorang suami yang menggelarkan dirinya ABU AQIL.


5 comments:

  1. berusahalah untuk menjadi soleh dan solehah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis, sedang berusaha ni, tolong doakan yea..

      Delete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, sama-sama berusaha yea

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign