Asam Garam Kehidupan: Petua dapatkan jodoh

Nuffnang

Pages

7 Feb 2014

Petua dapatkan jodoh

Nak kongsikan satu petua untuk mendapatkan jodoh...haaaa..excited tak? Cuba tau. Ni dari ustaz Hanafi Abd Malek yang selalu ada kat TV3 tu,masa tu ada kuliah Tanyalah Ustaz kat TV 9, tak ingat dah tajuk apa, tapi ustaz ada kongsikan petua ni.

Caranya:
1. Tadah tangan macam berdoa tu
2. Baca surah Alamnasyah sampai warafagnaalakazikrak ( sori tak tau nak taip jawi, selalu yang taip jawi tu, anak bujang saya umur 15 tahun, dia ada ajar, tapi otak ni dah tak pikap lagi nak belajar benda-benda camtu
3.  Baca sebanyak 3 kali atau 7, atau 11...terpulang.
4.  Tiup kat tapak tangan sebanyak jumlah yang dibaca.
5.  Sedut semula dalam-dalam, juga sebanyak bilangan yang ditiup.
6.  Sapu ke seluruh wajah mula dari bahagian bawah naik ke atas hingga ke belakang kepala.
7.  Buat waktu pagi sebelum keluar rumah, tetapi buatlah dengan niat yang betul, mudah-mudahan Allah perkenankan hajat kita untuk dapatkan jodoh yang baik.

Bagi isteri pula, untuk mengekalkan kasih-sayang dan dipandang cantik oleh suami buatlah dengan cara yang sama, cuma tukarkan dengan surah Al-Ikhlas.

Nilah Ust Hanafi Abd Malek









8 comments:

  1. Setiap malam bila anak kakak nak tidur dia kan salam kakak baca suroh Al-Insyira ini diikuti dgn ya-latif 3 kali. Kemudian tiup diubun-ubun. Pagi dia nak ke sekolah pun sama juga.

    Kakak cuba yg guna suroh Ikhlas tu Azi. Thanks for the info:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak rupanya kelebihan surah ni kan kzakie.

      ha, cuba jangan tak cuba, InsyaAllah mujarab dan semoga makin berseri-seri di mata suami, hi hi

      Delete
  2. Assalamualaikum, info yang baik, thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. tq, boleh cuba kan..:;)

      Delete
  3. dah macam2 panduan saya follow , tapi Allah kata ' tunggu ' ...

    ReplyDelete
  4. adalah hikmahnya tu, jangan putus harapan pada Allah yea sayang..InsyaAllah ada..

    ReplyDelete
  5. Tak payah habiskan baca surah al-Insyirah ke?
    Terima kasih kongsi tapi saya jarang keluar rumah pagi :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
  6. tak payah habiskan, sampai warafagnaa lakazikrak sahaja., tak semestinya nak kuar waktu pagi, buat je bila-bila, dengan penuh pengharapan pada Allah.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign