Asam Garam Kehidupan: Nilai seketul cekodok pisang

Nuffnang

Pages

16 Feb 2014

Nilai seketul cekodok pisang

" Erk! kerasnya cekodok ni, balik ke dinding, pecah dinding.." kita bersungut, lalu cekodok pisang kita letak ke tepi tanpa disentuh lagi, dan tempat akhirnya di tong sampah.Diangkut lori sampah dan akhirnya dihantar ke kawasan longgokan sampah bercampuur-aduk dengan berbagai jenis sampah jijik lain, aduhhh! malangnya nasib sang cekodok...

Pernahkah terfikir oleh kita bahawa untuk menghasilkan seketul cekodok pisang itu sebenarnya beribu-ribu manusia dan seluruh jentera kerajaan Allah telah bekerja keras untuknya, jika kita sempat renungkan sebentar di ruang hati yang jernih rasanya kita tidak akan sanggup membuangnya ( atau apa sahaja sisa makanan yang lain )...

Untuk mendapatkan gandum misalnya, petani-petani di Amerika Syarikat telah menyemai benih gandum di ladang-ladang mereka yang besar di kawasan Prairie. Setiap hari berpuluh-puluh pekerja ladang datang untuk memastikan tanaman gandum itu dalam keadaan yang baik. Akhirnya ia membesar subur, dan cukup masa untuk dituai....

Datanglah pekerja lain dengan jentera penuainya. Setelah dituai ia dikumpulkan, diikat, dimasukkan ke dalam guni-guni dan dihantar ke kilang-kilang untuk diproses menjadi gandum. Di sana, beribu-ribu pekerja memproses gandum daripada peringkat membuang sekam, dikisar halus,ditapis, digredkan dan akhirnya dibungkus ke dalam plastik siap untuk dipasarkan.....

Dari situ bungkusan gandum dalam kotak-kotak diangkut oleh ribuan pekerja lain untuk dihantar ke syarikat-syarikat pengeksport. Dan ada pula pekerja lain akan menghantarnya ke pelabuhan. Di sana ia dimasukkan ke dalam kontena-kontena besar, diangkut pula dengan kren ke dalam perut kapal. Cuba bayangkan...entah berapa banyak makhluk Allah yang campur tangan di situ.....

Bungkusan gandum yang dieksport ada yang sampai ke Malaysia, negara kita tercinta. Di pelabuhan Kelang tentunya, dipunggah pula oleh pekerja-pekerja lain dan dibawa ke stor penyimpanan, sebelum dihantar untuk dipasarkan.

Ada yang dihantar ke sebuah kedai kecil di sudut kampung. Lalu datang seorang wanita tua membeli sepeket gandum itu. Di rumahnya siap menunggu pisang, gula, garam dan sedikit soda, siap dicampur mengikut sukatan yang betul. Tapi bayangkan  setiap bahan tadi juga memiliki sejarah asal-usul masing-masing yang melibatkan ribuan tenaga manusia dan jentera Allah....

Campuran tadi digoreng pula ke dalam kepanasan minyak yang mendidih, tapi mereka tetap makhluk Allah yang taat...

Cekodok pisang yang siap digoreng dibawa siwanita tua itu ke warungnya di tepi jalan. " Cekodok pisang nak, panas-panas lagi, 30 sebiji.." begitulah yang ditawarkan kepada pengunjung gerainya. Kepalang gembiranya sang cekodok, dia bakal berkhidmat kepada manusia, makhluk yang dimuliakan oleh Penciptanya....

Namun meleset sekali sangkaannya. Sampai di rumah tiada tangan sudi menyentuhnya..." Ala ma, apa kelas cekodok pisang, mana pizza?" rengek si anak pada ibunya. Cekodok pisang lalu disisihkan. Dibiar bawah tudung saji hingga ke petang. Lalu dimasuki angin yang sama taatnya seperti cekodok itu. Akhirnya ia dihumban ke dalam tong sampah, begitu sahaja....

Begitulah...manusia hanya menilai wang yang keluar dari sakunya, tanpa mengambil kira susah payah para malaikat yang menjaga setiap diri manusia, yang menggerakkan hati, yang menjaga mata, tangan, kaki, perut, dan sebagainya. Ada pula yang bertugas menurunkan hujan, menyuburkan tanah, mengalirkan air dan lain-lain tugas yang jarang mahu difikirkan oleh manusia. Semuanya bekerja keras dengan penuh taat dan amanah kerana patuh pada perintah Allah....dalam menghasilkan sebiji gandum, pisang, gula dan lain-lain dalam usaha menghasilkan pula seketul cekodok pisang!

Hakikatnya, manusia bukan memperlecehkan si cekodok, tapi Allah-lah yang diperlecehkannya. Kerana semua itu hanya dapat berlaku dengan begitu tersusun dan indah oleh kekuasaan dan kebijaksaan Allah SWT. Manakala di Akhirat nanti, si cekodok akan dipertemukan lagi dengan manusia. Tapi tidak lagi untuk berkhidmat kepadanya, sebaliknya sebagai saksi di atas perilaku manusia itu ketika di dunia.....fikir-fikirkanlah...dengan matahatimu...

* Abuya saya ajar- sebiji nasi yang jatuh ke lantai tetaplah rezeki milik Allah yang tidak boleh disia-siakan, percaya tak Abuya akan kutip dan makan nasi itu, bukan kerana nilai nasi itu, tapi nilai diri sebagai hamba yang tak mampu walau nak hasilkan sebiji nasi........*


Ihsan google
Saya dah update Laisalahaa mindunillahi kasyifah ke dalam bahasa arab ( lihat entry Syyy..rahsia )

2 comments:

  1. Yer memang saya buang makanan. Kalau nasi jatuh, basuh. Lepas tu makan. Tak pun kasi burung atau ayam makan.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. ya Na, nak buang memang macam tula caranya supaya tidak terbuang sia-sia, sekurang-kurangnya ia menjadi rezeki kepada makhluk Allah yang lain.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign