Asam Garam Kehidupan: Pemaaf..

Nuffnang

Pages

16 Feb 2014

Pemaaf..

Suatu hari ketika Qais bin Asim duduk berehat-rehat, masuklah jariahnya membawa panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengaja, besi pemanggang itu terlepas dari tangannya lalu menimpa anak kecil Qais. Anak kecil itu menjerit kesakitan lalu meninggal dunia.

Bapa mana yang tidak kasihkan anaknya? Tapi Qais tetap tenang menghadapi kejadian yang menyayat hati itu. Dia sedar bahawa itu adalah takdir dari Allah. Kemudian dia memandang kepada jariahnya yang pucat lesi dan menggeletar ketakutan. Lalu ia berkata, " Aku bukan saja tidak marah kepadamu, bahkan mulai hari ini aku merdekakan kamu."

RASULULLAH SAW bersabda:

    " Merendah diri tidak merendahkan martabat seseorang tapi beroleh ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan mninggikan darjatmu. Memberi kemaafan tidak jatuh hina seseorang bahkan beroleh kemuliaan, maka hendaklah memberi kemaafan, nanti Allah akan memuliakanmu. Dan bersedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang, tetapi ia kan bertambah, maka bersedekahlah, nanti Allah akan merahmati kamu."

8 comments:

  1. salam ustazah..
    sejuk aje baca n3 di atas
    jgn jadi seperti bangunan mencakar langit ia hanya fitnah dunia semata,jadilah seperti rumput walau selalu dipijak tapi ia tetap berzikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih knor..

      tinggi darjat org yang pemaaf di sisi Allah,..tapi bak kata org..bercakap memang mudah, nak buat memang berat, moga kita mampu jadi pemaaf

      Delete
  2. Memaafkan org juga mampu mberi ketenangan hati ;)

    ReplyDelete
  3. Kita kena sentiasa didik diri kita untuk positif dan kuatkan semangat untuk tidak berdendam. Maafkan orang, automatik hilang rasa dendam. kan?

    ReplyDelete
  4. bolehkan kita temui hamba Allah yang seperti ini lagi. Atau kalau itu berlaku pada kita, boleh kita memaafkannya?

    Tak usah pergi jauh. kalau ada guru yang mencubit pipi anak kita hingga membekas kerana tak buat homework pun dah cukuplah. pasti ada yang buat repot polis!

    ReplyDelete
  5. Kalau kita mesti menangis sebab anak dah meninggal.
    Sungguh tinggi sifat pemaaf Qais bin Asim.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  6. Minta maaf kawan-kawan yg lain, tak sempat nak balas komen kalian, InsyaAllah saya akan cari masa lain

    ReplyDelete
  7. Minta maaf CN,k azieazah, IM dan NA, tak sempat nak balas komen, InsyaAllah saya akan balas di masa yg lain.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign