Asam Garam Kehidupan: Penipuan Cashier di Stesen minyak Petronas.

Nuffnang

Pages

27 Feb 2014

Penipuan Cashier di Stesen minyak Petronas.

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan.......

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”. Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang. Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”

Jawabnya, “Bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10. Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
“Sorry bang, saya silap tekan tadi.” – jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini. “Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf. “Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh. Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

sumber: buletinhangat.blogspot.com
Ihsan google

12 comments:

  1. hai mcm2 ..perempuan plk tu..berani2nya dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mcm2, kalau dah takde iman dalam hati tu, hilang takut pada dosa.

      Delete
  2. dah biasa mkn duit haram . dia x heran pun klu kena marah2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit haram, tak berkat hidup, satu hari moga dia insaf atas dosanya

      Delete
  3. ylh, kdg2 kita terlepas pandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, bila nak cepat tu tak perasan dah

      Delete
  4. Saya mmg selalu tgk jer meter tu kalau isi dan saya mmg tak bagi pekerja yg isikan...tp N3 ni sgt bagus beri peringatan walaupun kita dah sedia beringat..kdg kita boleh terlupa dan alpa juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, semoga orang lain pun turut berhati-hati supaya tak terkena

      Delete
  5. hermm...cam xde keje lain...macam-macam zaman skrg ni kan

    ReplyDelete
  6. salam kenal Alynn Mueez, terimakasih sudi dtg dan komen di sini

    ReplyDelete
  7. Kat kedai minyak pulak, dia tau tu tengok orang kalut kalut, terutama time pagi orang nak tempat keja. Nauzubilahiminzaligh.

    ReplyDelete
  8. kalau org tak perasan, memang buat duitla dia..tapi pelik juga kan, kawan dia yang lagi sorang tu pun tak perasan ke?

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign