Asam Garam Kehidupan: Perasaan Wanita....

Nuffnang

Pages

5 Feb 2014

Perasaan Wanita....

WANITA memang terkenal dengan kuat perasaan. Itulah sebabnya wanita itu begitu sensitif dan mudah tersinggung. Tersentuh saja hatinya ia cepat bertindak balas. Jika sedih dia akan menangis, jika gembira dia akan ketawa atau boleh juga menangis bila terlalu gembira...:D

Mereka mudah menyayangi anak-anak. Dan menyayangi orang-orang yang menyayanginya. Begitu juga mereka mudah membenci orang yang membenci mereka.

Oleh itu para suami dan mereka-mereka yang terlibat dengan pendidikan anak-anak perempuan patut mengambil berat hal ini. Kita mesti pandai menilai perasaan wanita untuk mendidik mereka.

Sekiranya para suami hendak mendidik para isteri menjadi penyayang, tunjukkanlah kasih-sayang kepada mereka. Sekiranya hendak mereka menjadi orang yang berjiwa halus, hadapilah mereka dengan jiwa yang begitu. Jika kita sendiri kasar dan berkasar, bagaimana hendak mendidik orang jadi lembut.

Jika para suami hendak didik mereka supaya sensitif dengan dosa, para suami juga harus menjauhi dosa.

Itulah sebabnya wanita mudah diberi kesedaran berbanding dengan lelaki. Perasaan yang cepat terasa itu menyebabkan dia cepat bertindak-balas. Apabila diceritakan sesuatu yang sedih dengan penuh perasaan, dia dengan mudah menangis, simpati, sedih dan takut. Mudah serik dan membuat perubahan.

Memang susah hendak mendidik wanita, tetapi jika betul caranya ia menjadi mudah. Yang penting sebagai suami, jangan mudah jemu mendidiknya dan banyakkan bersabar.
Inilah anak murid saya yang bernama Maisarah.. muda sangat mengalirkan air mata jika saya bercerita kisah-kisah yang sedih.


6 comments:

  1. Betul..betul..
    Budak perempuan lebih tersentuh perasaannya bila kita nasihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah tersentuh perasaan dan mudah terasa juga kan, bila terasa mula la merajuk tau, sabo jela..

      Delete
  2. Perempuan sebab ada hormon estrogen tu agaknya jadi mudah tersentuh.

    -wina1979-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela jugak tu, tapi itulah kelebihan orang perempuan yang dikurniakan Allah kan, yang menjadikan kita ada keistimewaan kita tersendiri, betul tak?

      Delete
  3. perempuan hati nya lembut dan mudah tersentuh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kelebihan kita, terutama bagi seorang guru cam CN, untuk mendidik, atau bagi yang bekerja sebagai nurse tu, lebih lemah-lembut dan berhati-hati terhadap pesakit..:)

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign