Asam Garam Kehidupan: Sedikit tips Rumah tangga.

Nuffnang

Pages

12 Feb 2014

Sedikit tips Rumah tangga.

Rasulullah SAW pernah mengakui di antara tiga perkara yang menyenangkan hatinya selain dari solat dan wangi-wangian, yang ketiganya ialah wanita. Wanita yang dimaksudkan ialah isteri. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda maksudnya: 
   
   " Tidak ada suatu yang lebih baik dan manfaat bagi seorang lelaki setelah ia bertaqwa, melainkan ia memiliki isteri yang solehah ( baik ) yang kalau ia menyuruh sesuatu ditaatinya, apabila dipandang menyenangkan hati, apabila ditinggalkan ia menjaga maruah dirinya dan harta suaminya."
                                                                                            Riwayat: An Nasaei, Ahmad, Abu Daud.


Saidina Ali krw berkata, di antara sebab wanita itu dibenci oleh suaminya ialah kerana rupanya yang buruk, kerana kemiskinan ( iman ), kerana sombong dan kerana perangai ( akhlak ) yang buruk.

Daripada hadis dan Athar di atas jelaslah bahawa antara punca wanita itu samada disenangi atau dibenci oleh suaminya ialah kerana layanan dan akhlaknya.

Sabda Nabi untuk anaknya Fatimah:

    " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambutnya, menyikat janggut, menggunting misai dan mengerat kuku suaminya, nanti di Akhirat ia akan diberi minum oleh Allah dengan air dari syurga dan ia diringankan sakit ketika Sakaratulmaut. Semantara di dalam alam kubur terdapat nikmat berada di dalam taman-taman sepertimana taman-taman syurga. Namanya pula dicatat selaku seorang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Tidak dapat dinafikan wanita bekerjaya hari ini mempunyai alasan tersendiri sehingga tidak dapat berkhidmat bakti kepada suami sepertimana isteri-isteri solehah di zaman Nabi dan para salafussoleh. Alasan kesibukan, penat, tak sempat, suami tak kisah, ada orang gaji dan seribu satu macam sebab lagi sehingga kita menerima keadaan itu sebagai normal dan biasa. Tetapi walau siapa pun anda dan siapa pun suami, sekali pun jawatannya lebih rendah berbanding anda, martabatnya sebagai suami tetap di atas. Mungkin betul kita penat, sibuk dengan kerjaya kita tapi rasanya kita masih boleh begini:

1.  Menyediakan minum pagi ( takyah cerita nak sedia nasi goreng, nasi lemak bagai, dah tentu tak sempat kan? )

2.   Siapkan hidangan makan malam ( tak kisah le apa pun, goreng ikan, goreng telur, janji ada, InsyaAllah suami faham kita tak sempat, penat )

3.   Hari minggu sediakan juadah istimewa ( google je..)

4.   Gosok seluar baju kerja suami siap untuk seminggu, gantung baik-baik untuk memudahkan suami ambil, nak cantik lagi..isteri pilih dan letakkan di atas katil siap dengan stokin, tie semua.

5.   Bersalam, cium tangan suami ( walaupun naik kereta yang berbeza, salam dulu sebelum naik kereta tu, mudah-mudahan restu suami memudahkan urusan kita di pejabat untuk hari itu ).

6. Saling mendoakan, contohnya sebagai isteri kita boleh berdoa begini:

       " Wahai Tuhan, Kau terimalah amal ibadahku yang sedikit ini. Kau selamatkanlah perjalan suamiku, perjuangannya dalam mencari rezeki dan terimalah amal ibadahnya. Dan kalau suamiku terbuat dosa Kau ampunkanlah..."

7.  Kalau suami yang sampai dulu ke rumah dari tempat kerja, masuklah dengan senyuman dan salamlah tangan suami. Dan kalau kita yang sampai dulu, sebaik-baiknya bukakanlah pintu, sambut dengan senyuman dan salam serta cium tangan suami diiringi selawat 3 kali.

8.  Sediakan minum petang, walaupun sekadar segelas juice atau apa saja minuman kegemaran suami.

Inilah sebahagian kecil rahsia-rahsia memaut hati suami yang amat perlu kita buat untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga kita, sebenarnya banyak lagi yang boleh kita buat, ini sekadar sedikit panduan bagi isteri yang bekerjaya, tiada alasan untuk tidak berbakti kepada suami sebenarnya, cuma perlu korbankan sedikit masa dan cuba jadikan amalan yang diistiqomahkan, InsyaAllah..


ihsan google


7 comments:

  1. alhamdulillah setakat hari ini seawal pagi sempat sediakan hidangan untuk keluarga..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, jika dah terbiasa tu semunya dah jadi mudah kan?

    ReplyDelete
  3. Peringatan yang baik, doakan sama-sama berpuas hati, inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya hanya itu yang mampu amalkan, bila kita masing-masing sibuk bekerja, tapi kesejahteraan dalam rumahtangga nak kena jaga juga.

      Delete
  4. Cantik tips itu semua Azi. Tapi ada juga yg kakak tak terbuat. Contohnya salam sebelum bertolak pergi kerja memang dah kakak tak buat sejak kakak dah sepakat dgn abang simpan wudhuk utk dhuha. Bukan tak boleh berwudhuk lagi tapi dah biasa sampai office tak lama terus dhuha. Seeloknya memang buat pukul 10 pagi keatas tapi biasalah kakak kan kerja dgn org kafir malaslah nak bertangguh waktu dhuha itulah kadang meetinglah, banyak tanyalah.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kzakie, tula yang cantik, sepakat..dalam rumahtangga sepakat tu perlu sangat kan kzakie, perjalanan r/tangga pun jadi smooth je.

    Saya tak mampu nak istiqomah dengan dhuha..:(

    ReplyDelete
  6. bagus tips yang akak kongsikan tu

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign