Asam Garam Kehidupan: SOMBONG pusaka iblis

Nuffnang

Pages

6 Feb 2014

SOMBONG pusaka iblis

Sombong merupakan salah satu sifat keji yang dibenci Allah dan Rasul malah oleh seluruh isi alam ini.  Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah.  Orang yang sombong itu akan datang pada hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dari segala tempat, mereka masuk neraka dan diberi minum " Thinatul Khabal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.

Sifat sombong atau ego itu hampir semua orang memilikinya, cuma siapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja akan berjaya mengikis sifat keji ini. Suluhlah diri kita apakah memiliki ciri-ciri ini.

1. Suka memperkecil-kecilkan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.

2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang yang di bawahnya.

3.  Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, masyhur, dipuji orang, keturunan baik adan sebagainya.

4.  Suka marah-marah pada orang atau membentak-bentak di khalayak ramai.

5.  Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah.

6.  Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannnya sahaja.

7.  Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.

8.  Susah meminta maaf dan susah untuk senyum terhadap orang lain.

9.  Tidak pernah fikir kesusahan orang, hanya fikir kesenangan dirinya sahaja.

Penawar sifat sombong, mari kita amalkan setiap hari:

1. Baca surah Ad Dhukan ayat 43- 59.

2.  Selawat.  

3.  Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana kita berada. ( rasakan diri kita lemah, hina, banyak dosa, tidak berkuasa apa-apa dan sentiasalah 'merintih-rintih' kepada Allah akan kelemahan diri kita )

Firman Allah yang bermaksud:

" Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit "
                                                                                                          Al Israk: 37.


4 comments:

  1. Sesekali bila terlalai patah kembali segera. Kakak ni kadang pun lupa Azi. Tapi itulah pentingnya kawan macam Azi tolong mengingatkan.. takut juga hidup pun bukan lama mana.

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita saling mengingatkan, moga Allah pandang sebagai satu jihad juga kzakie

    ReplyDelete
  3. selalu org kata saya sombong..heheh muka garang kut..

    ReplyDelete
  4. tula kan..belum kenal dah kata sombong yea, tu yang kena latih senyum tu, hi hi, jangan marah yea..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign