Asam Garam Kehidupan: Syyy...rahsia

Nuffnang

Pages

11 Feb 2014

Syyy...rahsia

Minta maaf ya kawan-kawan, hari kerja camni tak sempat nak ziarah rumah kawan-kawan, tengok tajuk sume teruja nak pegi jenguk, tapi Ya Allah, terkejar-kejar, tak sempat, update entri ni pun waktu camni, baru selesai uruskan sarapan dan kejutkan anak-anak untuk bersiap ke sekolah. Kat tadika saya kekurangan guru sekarang ni, susah nak cari orang yang betul-betul minat dengan pendidikan awal kanak-kanak ni, anak-anak seawal usia 4 tahun, kena baaaaanyak sabar, macam-macam kerenah diorang, tak caya tanya CN, babY pose, sapa lagi cikgu yek, ha..diorang cikgu sekolah rendah, lain kerenahnya, tapi still kena banyak sabarkan cikgu..
tepung yang siap digaul dengan marjerin

kentang potong dadu, serai potong nipis, daun sup, bawang dan ikan bilis pun belah-belah je

Tadaaa...masa goreng, ermmm..wangi sangat sebab campur serai, dan tak keras walaupun dah sejuk, sebab campur dengan marjerin, rasanya pun sedap, lemak-lemak sebab ada marjerin tu ( cih! masuk bakul...)

Hari ni nak share satu rahsia tau..masa nak masak mak saya pesan amalkan baca ni, topi soriiii sangat tak reti nak taip jawi, nanti abang balik dari asrama jumaat ni, saya suruh dia taip jawi ye..InsyaAllah..

Mak saya kata, nak masak tu baca ni, InsyaAllah masakan jadi sedap..

"ليس لها من دون الله كاشفة" ( baca ulang-ualng tak kiralah berapa kali pun ).

Larling saya tak suka masakan ada ajinomoto dan yang sekawannya dengannya, tapikan...adala jugak saya guna sekali-sekala, terutama kalau masak asam pedas, sebab saya tak pandai masak asam pedas, so kena tambahla sikit..sikit je..( syyyy..rahsia tau...jangan beritau larling saya plizzzz )


12 comments:

  1. Betullah petua itu Azi. Kakak tambah lagi petua masak. Kalau nak sedap baca dulu Al-Kauthar (inna aktoyna kalkauthar - baru zikir dgn Laisalaha tadi. Lepas tu masa nak senduk/tuang dlm bekas baca suroh Al-Quraisy (katanya walau banyak mana pun masak tetap cukup utk diberi makan pada yg dijamu).

    ps: kalau kakak jumpa suami Azi kakak bagitahu dia hihi.... pandai rupanya ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. o yeke? terimakasih kzakie, InsyaAllah saya cuba, saya biasa baca laisalahaa je, kalau buat jamuan atau kenduri tentu tak risau-risau lagi kan..

      Alaaa..janganla bagitau, nanti saya kena marah, hu hu..

      Delete
  2. betul2 ! bukan senang jadi cikgu sekarang ni, sangat2 mencabar ! kena ada minat yang mendalam, kalau setakat nk gaji beso jer, better cari keje lain la dik oi...hehe

    btw, nmpak sedap cekodok tu, kena masak balik skolah ni .. ;)

    ReplyDelete
  3. Ha kan betul, CN pun setuju tu..akak tau kat sekolah rendah sekarang pun macam2 kes jugak kan, yang baru ni tipu parent dia cakap kena rotan sebab tak siap homework tu pun budak sek rendah kan?

    Haaa..mesti cuba..:)

    ReplyDelete
  4. kalau baby meragam / menangis bila nak tidor atau terjaga drp tido , baca ayat tu berulangkali ... insha Allah baby akan berhenti meragam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat satu lagi ilmu, terimakasih..

      Delete
  5. Macam ibu-suri dulu juga; bekas tenaga pengajar tadika. Dia memang suka bebudak...

    ReplyDelete
  6. o yeke? sampaikan salam buat ibu-suri yea

    ReplyDelete
  7. Yer memang memerlukan kesabaran. Saya memang tak berapa sabar sangat.

    Samalah mak tak suka ajinomoto. Tak guna pun kat rumah ni. Wah jemput-jemput guna serai dan marjerin. Canggih.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  8. Ermm, Na cubalah buat cekodok tu, mana tau kena dengan selera mak Na.

    ReplyDelete
  9. kalu rajin nnt akak nak cuba resepi ni, cam senang jer

    ReplyDelete
  10. memang senang sangat, rugi tak cuba..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign