Asam Garam Kehidupan: Anak kesayangan abah.

Nuffnang

Pages

30 Mar 2014

Anak kesayangan abah.

Al kisah, minggu lepas punya citer ni, Umar Zikri mengadu kat abah, gurau-gurau kat luar abang Iman tertolak dia,  tepi mata terguris duri pokok bunga ni. Memang kena sound la Iman. Pokok ni saya tak tau namanya, Larling saya ingatkan ada yang sejenis lagi tu bila berbunga keluar batangnya tinggi dengan sedikit bunga di hujung. Ditanamnya dua pasu, kunun-kunun bila keluar batangnya yang tinggi tu nak dipasangkan jadi cam pintu gerbang gitew..tunggu punya tunggu tak keluar juga bunganya, rupanya yang ni memang jenis tak berbunga.

Semalam saya terperasan...
Habis duri di hujung daun tu kena potong dek abah..
ha  ha..Umar Zikri kesayangan abah..

yang ni kuning sikit daunnya sebab terdedah kat panas, pun kena potong durinya..




Lalu saya teringat cerita arwah Ma tentang abah saya, dia pernah potong kuku kucing sebab kucing tu mencakar saya. Tapi kini abah..jauh di mata..jauh juga di hati.......

4 comments:

  1. alahai gigihnya buang semua duri pada daun tu..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal, saya pun tak perasan masa bila dikerjakan duri pokok tuh..ha ha ha.

    ReplyDelete
  3. bertahan tak agaknya pokok tu tanpa duri disekelilingnya..?

    ReplyDelete
  4. tahan kot..duri hujung daun je takde, kat keliling daun ada lagi...:)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign